Kisah Rasulullah S.A.W Dan Buah Limau

limau.jpg

Kisah Rasulullah S.A.W Dan Buah Limau

Kisah Rasulullah S.A.W Dan Buah Limau | Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.

Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Wallahualam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

11 thoughts on “Kisah Rasulullah S.A.W Dan Buah Limau”

  1. kucinghitam says:

    sedap nyer time qong xi fat chai selalu dpt byak limau
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  2. Rina says:

    Akhlak Rasulullah kita sangatlah baik dan mulia, beliau adalah Al Quran hidup dan teladan bagi kita semua, Insya Allah kitapun bisa seperti beliau …
    Rina recently posted…Create CSS Responsive Pricing Tables Design For WebsiteMy Profile

    1. Subhanallah.. serius macam nak nagis plak baca kisah nie..
      Aniqbukhary32 recently posted…Bertelanjang itu simbol kemajuan?My Profile

  3. ahmadijat says:

    Memang tak terjangkau kita dengan akhlak Rasulullah SAW.
    ahmadijat recently posted…Tips Shopping OnlineMy Profile

    1. Rasulullah orang yang terbaik dalam sejarah manusia. sehinggakan penulis yang bukan beragama islam pun menyenaraikan Rasulallah sbg manusia pertama dalam senarai manusia yg paling berpengaruh. orang bukan islam pun tersentuh dengan Akhlak yang di tunjukkan nabi..
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  4. cik Ain says:

    sungguh mulia Rasullah SAW.. menjaga hati orang lain, dari hati sendiri..

    1. Rasulullah is the best!!!
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  5. Subhanallah.. terharu baca.. Adakah lagi insan yg mempunyai akhlak melebihi rasulullah..?? 🙁 Allahumma solli ala saidina Muhammad..
    Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  6. ally says:

    puteri..nak kenal ngn puteri le,,,bagi le fb kat kite..hahaha

  7. Akhlak yang mulia….alangkah indahnya Islam kalau kita semua mengamalkannya..
    Jobs in Malaysia recently posted…Manager Butik TudungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge