Kisah Pengajaran Budak Penjual Kuih

budak-penjual-kuih.jpg

Kisah Pengajaran Budak Penjual Kuih | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ni Dr Fuh nak share sikit satu kisah pengajaran yang boleh membuatkan pembaca semua tersentuh hati membacanya. Kisah pengajaran seorang budak penjual kuih yang jujur. Sama-sama kita renungi kisah ini.

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.”

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! – Sumber asal

Dr Fuh – Ingat, bila kita senang, bantulah orang yang lebih memerlukan. In Shaa Allah bila kita susah kelak, pasti ada yang membantu kita. Semoga kisah ini memberi 1001 pengajaran buat kita semua.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

13 thoughts on “Kisah Pengajaran Budak Penjual Kuih”

  1. cik siti says:

    betul tu……=)
    cik siti recently posted…dapat kad raya dari….My Profile

  2. Yan Ty says:

    argghhhhh touching sedeyyyyyyy
    Yan Ty recently posted…Iftar di Ulam Cafe , Kenanga Wholesale CityMy Profile

  3. Yo Zan says:

    dulu masa kat sekolah aku pun penah berjualan..jual nasi lemak bawa dari rumah haha..tapi kena order la , contoh hari ni kawan kelas order 20 bungkus..esok bawala 20 bungkus.. makan sama2 masa rehat..best..

    kadang2 mereka ni bukan miskin pun tapi nak cari nafkah lebih tu je..

  4. kyo says:

    terharu…..

  5. Zaza says:

    Mulia sungguh adik tu..
    Zaza recently posted…Aku Bersyukur Kepada MuMy Profile

  6. sayidah says:

    kecik2 dah pandai.alhamdulillah.moga berterusan sifatnya. 🙂
    sayidah recently posted…BLOG KOLEJ16 & BLOG ADDCHOCS 🙂My Profile

  7. World WarZ says:

    Nampak sangat jualan kue budak tu tak beberapa laku ..
    Sebab apa jualan dia tak laku..
    Sebab kue biasanye dijual diwaktu pagi untuk dijadikan sarapan kebanyakan isi rumah zaman sekarang dan juga sejak dulu lagi.
    Kat tempat aku apa yang aku lihat kue sangat laku .. datang nak beli cume lambat sikit biasenye dah abis Cisss..!
    Kue biasenye (ditempat aku) dijual diwaktu pagi dimeja meja ditepi jalan dibawah payungan dan juga digerai gerai bersarapan pagi.. dan sangat laku.

    Maka dari andaian aku tentu emak budak itu seorang yang bodoh hahaha…

  8. acim says:

    mulia sungguh budi pekerti budak itu

  9. Kanak2 sekecil tu pun boleh berfikir ape lagi kita yang dah besar ni ..

  10. mawardiyunus says:

    subhanallah, sebak rasa dalam dada nie. kental sungguh jiwa mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge