Kisah Penderaan Kanak-Kanak Natasyah Yang Menyayat Hati

adik-dicampak.jpg

Kisah Penderaan Kanak-Kanak Natasyah Yang Menyayat Hati | “Saya terpaksa mengambil Natasyah dan lima lagi anak dari sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Ogos lalu, selepas mendapat tahu daripada anak sulung Natasyah sering dipukul, dibaling dan dicampak pekerja di pusat kebajikan terbabit.

“Malah, ketika bercuti di Teluk Kemang, Port Dickson, Oktober lalu, tiba-tiba anak saya diserang sawan menyebabkan dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu saya mendapat tahu dia mengalami pendarahan dalam otak,” kata Zuraidah Jasman, 31, ibu seorang kanak-kanak perempuan, Nurain Natasyah Abdullah, 4, yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera, kelmarin.

Menurutnya, sejak kejadian itu, anaknya kembali beransur sembuh, namun Sabtu lalu, dia mendakwa mangsa sekali lagi terkena sawan sehingga kaki dan tangan kejang menyebabkan dia terpaksa mengurut anaknya kira-kira 10 minit sebelum mangsa kembali stabil.

“Anak saya kemudian meminta air sebelum dia tidur. Bagaimanapun, ketika saya mengejutnya jam 9 malam untuk makan, Natasyah tidak sedarkan diri walaupun saya memanggil namanya berulang-kali.

“Saya terpaksa menggoncang dan menampar serta mencubitnya supaya dia kembali sedar, namun tidak berhasil menyebabkan saya panik dan terus menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur seorang diri kerana ketika itu suami tiada di rumah,” katanya di pekarangan Masjid Sungai Besi, di sini, selepas solat jenazah anaknya itu.

Zuraidah berkata, mangsa anak bongsu daripada enam beradik di mana yang sulung berusia 11 tahun dan anak hasil perkongsiannya dengan bekas suami sebelum mereka bercerai.

“Saya hidup susah dan terpaksa menyerahkan anak kepada pusat kebajikan terbabit selepas dibuang ahli keluarga sendiri yang enggan menerima saya,” katanya

Sekiranya benar hal ini berlaku,mohon pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya.Sama-sama kita sedekahkan al -fatihah buat arwah.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Kisah Penderaan Kanak-Kanak Natasyah Yang Menyayat Hati”

  1. Afiqah says:

    sedih dan menyayat hati..

  2. zyra roxx says:

    erm, kat pusat kebajikan pun kena dera jgk. xda tempat selamat 🙁
    zyra roxx recently posted…Beri Baju Terus Clash?My Profile

  3. din says:

    Saman je rmh kebajikan tu ngn si pelakunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge