Allahu Rabbi! Kisah Benar – Jenazah Para Syuhada Tidak Mereput

kisah-nyata-mayat-tidak-reput.jpg

Kisah Nyata Yang Benar

Kisah Nyata Yang Benar – Jenazah Para Syuhada Tidak Mereput | Setiap orang pastinya mengimpikan kematian dalam keadaan yang sempurna dan baik termasuklah Dr Fuh sendiri. Harini Dr Fuh nak share kisah nyata yang benar yang berlaku zaman Nabi dahulu dimana jenazah-jenazah para syuhadah tidak mereput dan masih berdarah. Ikuti kisah nyata ini.

Sahabat yang nama sebenarnya Abu Jabir Abdullah bin Amr bin Huram bin Sa’labah bin Kaab bin Ghanam bin Salamah Al – Ansari ini membuktikan betapa rapatnya hubungannya dengan Rasulullah SAW.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jabir ( anak Abdullah bin Amr )

“Bahawa takala terbunuh sahaja bapaku pada hari Uhud, menangislah ibu saudaraku”.

Bersabda Rasulullah SAW, “Mengapa engkau mesti menangis? sedangkan para Melaikat melindunginya dengan sayap-sayap mereka sehingga sahabat mengangkatnya”.

Kemuliaan Abdullah juga jelas kerana mayatnya tidak reput. Anaknya Jabir menceritakan hal ini berkata,

“Mayat bapaku telah di keluarkan orang daripada kuburnya iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyah. Aku datang melihatnya dan aku dapati keadaan mayat sama saja dengan keadaan waktu dia aku tinggalkan dahulu, tidak berubah suatu apapun”.

Dalam suatu riwayat lain oleh Ibnu Saad dan Abu Naim, Jabir telah berkata,

“Kami telah di kehendaki memberikan pertolongan untuk memindahkan mayat-mayat keluarga kami yang terkorban dalam perang Uhud. Masa itu adalah zaman Muawiyah meminta aliran air.

Kemipun datanglah memberikan pertolongan. Kami keluarkan jenazah-jenazah dalam keadaan yang lembab, sama seperti keadaan 40 tahun dahulu. Kaki Hamzah telah terkena cangkul lalu memancut darah”.

Jenazah para Syuhada itu terpelihara sepanjang zaman yang sekaligus membuktikan taraf kewalian mereka sebagaimana halnya dengan Abdullah bin Amr bin Hurman ini. Kewalian mereka memang tidak dapat di nafikan.

Mereka berbuat sesuatu hanya kerana Allah semata-semata, bukan mengejar pangkat dan darjat. Apalah ertinya kita berjuang untuk bangsa dan agama, tetapi sebenarnya kita mengejar pangkat dan darjat di mata manusia tanpa memperhitungkan balasan yang lebih utama dari Allah SWT di akhirat kelak. – sumber

Kisah Nyata Yang Benar.

gambar hiasan

Dr Fuh – Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita dan mengambil nyawa kita dalam keadaan Syahid. In Shaa Allah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Allahu Rabbi! Kisah Benar – Jenazah Para Syuhada Tidak Mereput”

  1. tak mudah untuk menjadi mcm tu ==’

  2. Ummar Farouk says:

    Semoga kita tergolong dlm golongan org yg berjihad di jalan Allah S.W.T. Amin…
    Ummar Farouk recently posted…Kata-kata Seorang Gadis Syria Ini Membuatkan Gadis Melayu yang Lain Berasa Cemburu!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge