Kisah Ngeri Ditelan Ular Sawa Depan Mata Penduduk Segamat

kisah-ngeri.jpg

Kisah Ngeri Ditelan Ular Sawa Depan Mata Penduduk Segamat | Kisah ngeri ini sudah lama dan dilaporkan telah berlaku sekitar tahun 1995. Apa yang mengerikan di sini adalah seorang penduduk telah menjadi korban seekor ular sawa di Segamat Johor. Keluarga dan penduduk sempat melihat bagaimana mangsa dibelit sehingga kepalanya sempat ditelan oleh ular sawa tersebut. Polis mengambil tindakan drastik bagi menyelamat nyawa lelaki tersebut dengan menembak ular tesebut sehingga mati. Namun malangnya, nyawa lelaki tersebut tidak dapat diselamat akibat belitan yang sangat kuat.

Kisah Ngeri Bermula

kisah ngeri ular

KIRA-KIRA jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.

Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaituditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.

Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.

Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian berkenaan hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit. Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada jam 8.30 malam tetapi gagal menemuinya

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut. Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51. Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, pasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.

kisah ngeri ular

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala ular sawa itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa yang sama, ular itu menggeleng-geleng kepalanya seperti mahu memastikan kepala dan badan lelaki itu masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu.

“Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

“Ular sawa biasanya mengambil masa untuk membelit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih mempunyai masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya,” katanya.

kisah ngeri ular

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu tetapi ular berkenaan melarikan diri. – Sumber

Dr Fuh nak share sikit doa bagi menjauhkan dan mengelakkan kita daripada gangguan ular. In Shaa Allah apabila kita membacanya kita dapat lindungan dari Allah. Yang penting kena yakin, amalkan selalu dan berdoa setiap kali selepas solat supaya diajauhkan dari sebarang malapetaka. In Shaa Allah

Hendaklah membacanya 3 kali

Salaamun ‘alaa Nuuhin fil’ aalamiin

Maksudnya : Selamat sejahtera kepada Nabi Nuh di alam semesta.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

12 thoughts on “Kisah Ngeri Ditelan Ular Sawa Depan Mata Penduduk Segamat”

  1. Erk… mujur masa baca ni, nasik lemak dah habis masuk perut 😛 ngeri

  2. Daxx says:

    Segamat tempat saya! tidak!!!!
    Daxx recently posted…Blogger Tips #3: Widget Random Post Dalam Satu LabelMy Profile

  3. haze says:

    Salamun ‘alaa Nuuhin fil’ aalamiin,,, bkn SALAMTUN la!

    1. fuhdotmy says:

      terima kasih kerana mengur kesalahan ejaan tersebut, saya sudah perbetulkan..tapi elok rasanya dibuang tanda seruan itu..lebih manis 🙂

  4. TENGKUBUTANG says:

    eee.. menakutkan.. klu teman yg kurus ni gerenti dh berderai terus kena belit.. mintak dijauhkan..
    TENGKUBUTANG recently posted…WORDLESS WEDNESDAY!My Profile

  5. Ummar Farouk says:

    Waduhh.. orang pun boleh kena telan ke? Sorang-sorang jer masa tu??
    Ummar Farouk recently posted…Fatwa Imam Khomeini Telah Memakan Dirinya Sendiri!My Profile

  6. Pingback: coast Dresses
  7. Pingback: everlast boxing gloves
  8. Pingback: cgsalavq auc
  9. nego says:

    thank share doa tu..
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  10. testing says:

    kenapa avatar2 commenter ganjil2? creepy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge