Kisah Misteri Tukang Gunting Rambut Yang Kejam

tukang-gunting-kejam.jpg

Kisah Misteri Tukang Gunting Rambut Yang Kejam | Ada sebuah kisah di mana terdapat sebuah kedai gunting rambut yang mana pemiliknya melakukan perbuatan cubaan mencederakan pelanggannya sehingga mati.

Cerita ini mengisahkan seorang tukang gunting rambut yang rupanya dianggap misteri oleh sesetengah pihak. Cerita ini bermula pada awal kurun ke19, iaitu ada sebuah kedai gunting rambut. Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, “Mahu potong kepala?”. Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, “Tak lah, saya nak potong rambut” akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap “Ya” dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.

Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa.Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa.

Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan. – Sumber

Kisah benar atau dongeng semata-mata? Wallaualam…

Tapi kalau dijadikan filem ni macam menarik juga. Boleh pecah panggung dibuatnya mengalahkan KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof. Hehehe jangan marah ya abang Solll.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Kisah Misteri Tukang Gunting Rambut Yang Kejam”

  1. cik Ain says:

    sangat la kejamm… menakutkan… grrrr
    seram dibuatnyaa..

  2. sara says:

    Kejam giler…

  3. vcore says:

    kejam……

  4. Damya says:

    hoooo xpayah nak buat filem sangattt lahh, this is sick…gila betul punya hobi..hadoii…na’uzubillah…
    Damya recently posted…Beliau Hanyalah ‘Seekor’ Kerusi…My Profile

  5. mr.joe says:

    alaaaaa….nie kn dr sumber aspirasi cter demon of fleet street….cter sweedney tood…zmn tu memg ade sezmn kejatuhan empyar british….nie pn sbhgian cter rkyat dorg dr mulut ke mulut…ape pn nice admin!! ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge