Kisah Menarik Pengislaman Loo Jo Yee Iaitu Bekas Bakal Paderi

kisah-menarik-pengislaman-loo-jo-yee-3.jpg

Kisah Menarik Pengislaman Loo Jo Yee Iaitu Bekas Bakal Paderi | Alhamdulillah tergerak lagi pintu hati Dr Fuh untuk berkongsi artikel ilmiah dan pengajaran kepada pembaca semua. Artikel ini Dr Fuh jumpa di facebook Kisah Teladan & co. Tidak dapat dipastikan sama ada kisah ini adalah sahih atau telah diubah suai. Apa-apa pun kita ambil sebagai pengajaran hidup. In Shaa Allah

Loo Jo Yee adalah seorang gadis berbangsa Cina berusia 18 tahun. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama Kristian yang taat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat membantah sehingga menganggap masuk Islam adalah suatu yang hina bagi keluarganya.

kisah menarik pengislaman loo jo yee 3

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber’binti’kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Kisah Menarik Pengislaman Loo Jo Yee

kisah menarik pengislaman loo jo yee 3

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah..

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Wallahualam..

sumber : Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Kisah Menarik Pengislaman Loo Jo Yee Iaitu Bekas Bakal Paderi”

  1. Alhamdulillah semoga ramai lagi diluar sana yg terbuka hati utk memeluk islam amin… thanks for sharing fuh

  2. Daxx says:

    Daxx pernah dengar kisah ni tapi dalam bentuk video. Lagipun tak tengok habis pun video tu. Hehehehe
    Daxx recently posted…Blogger Tips #3: Widget Random Post Dalam Satu LabelMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Samalah ngan sy dh pernah dgr citer ni.. Sejak 2 tahun yg lepas..
      Ummar Farouk recently posted…Sikap Buruk Begitu Sukar Diubah Berbanding Gunung, Lautan dan Bentuk Muka Bumi yang LainMy Profile

  3. nego says:

    alhamdulillah…
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  4. Bruno says:

    bakal paderi?? mna ada paderi pompuan.

  5. cik siti says:

    alhamdulillah ^^
    cik siti recently posted…dapat kad raya dari….My Profile

  6. nabil fikran says:

    dia ni pengacara kat tv alhijrah dulukan…dia mengacara program pergi jalan cam tu dengan pompuan sbelah dia tu ….pompuan sebelah tu ckp melayu ..dia pulak
    ckp enggeris ngan melayu

  7. tak pernah tahu sebelum ni dia bakal paderi yang tahu kisah dia sakit tu jer.. Itulah kan.. kita tak tahu siapa yang Allah akan beri hidayah.. Namun hidayah tu tak datang tiba2.. kita kena usaha jugak mencari. Macam kisah Jo Yee, dia menggunakan doa kepada Allah sebagai usaha untuk sembuhkan penyakit dia & dari situ Allah bagi petunjuk kepada dia… Subahanallah..
    lekatlekitgurl recently posted…CARA JIN MEMBIAK DAN BOLEHKAH MANUSIA DAN JIN BERKAHWIN?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge