Kisah Lelaki Ingin Bertaubat Setelah Membunuh 100 Orang

Kisah-Lelaki-Ingin-Bertaubat-Setelah-Membunuh-99-Orang.jpg

Kisah Lelaki Ingin Bertaubat Setelah Membunuh 100 Orang | Dan dari Abu Said Alkhudri berkata bahawa Rasulullah SAW. ada bersabda: Pada zaman yang terdahulu, terjadi seorang yang telah membunuh hampir sembilan puluh sembilan nyawa, kemudian ia ingin bertaubat. Lalu ia mencari seorang pendita dan bertanya apakah masih ada peluang untuknya bertaubat?

Jawab pendita itu: Tidak ada. Maka segera dibunuh pendita itu menjadikan genap seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian ia pergi mencari seorang alim pula dan bertanyakan akan pertanyaan yang sama. Maka dijawab oleh orang alim itu bahawa dia masih berpeluang untuk bertaubat dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Pergilah ke sebuah dusun di mana di situ terdapat orang-orang yang taat kepada Allah. Lakukanlah sebagaimana yang mereka semua buat dan jangan kembali ke negeri ini lagi. Lalu pergilah orang itu tetapi di pertengahan jalan ajalnya tiba lebih dahulu.

Maka bertengkarlah Malaikat rahmat dan Malaikat seksa. Berkatalah Malaikat rahmat: Dia telah berniat untuk bertaubat kepada Allah sepenuh hatinya. Berkata pula Malaikat seksa: Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. Kemudian datanglah seorang Malaikat berupa manusia sebagai hakim di antara mereka. Dia berkata: Ukur sahaja jarak di antara dua dusun yang ditinggalkan dan yang dituju, ke mana dia paling hampir masukkanlah ia kepada golongan itu. Setelah diukur, didapati jaraknya lebih hampir kepada dusun yang baik kira-kira sejengkal. Lalu dipegang rohnya oleh Malaikat rahmat.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah setiap hari, lebih dari tujuh puluh kali.

______________________________________

Kisah sahih ini mempunyai suatu nilai motivasi yang cukup tinggi buat kita semua, yang sememangnya tidak bisa melepaskan diri daripada dosa-dosa dalam menjalani kehidupan seharian kita. Sebagaimana yang dapat kita saksikan dalam kisah tersebut, walaupun lelaki itu telah membunuh 100 nyawa, tetapi akhirnya tetap mendapatkan kesudahan yang baik, atas rahmat Allah yang begitu luas. Tiadalah layak segala pujian dan segala kesyukuran kecuali hanya kepada Allah.

Berbicara tentang maghfirah Allah, begitu banyak dalil Al-Qur’an mahupun Al-Hadits yang menceritakan tentang hal tersebut. Ini menunjukkan bahawa Allah tidak pernah sesekali jemu memberikan keampunan kepada hamba-hamba-Nya.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Umar ibn Al-Khaththab R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menerima taubat seorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongnya.” [HR At-Tirmidzi, dan dia berkata: hadits hasan].

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Barang siapa bertaubat sebelum terbitnya matahari daripada tempat terbenamnya (yakni dari arah barat), Allah menerima taubatnya.” [HR Muslim].

Daripada Abu Dzar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah ‘Azza wa Jalla berkata. ‘Barang siapa datang dengan membawa satu kebaikan, maka baginya sepuluh kali gandanya atau lebih. Barang siapa datang dengan membawa kejelekan, maka baginya kejelekan sepertinya atau Aku ampunkan. Dan barang siapa mendekatiKu sejengkal, Aku dekatinya sehasta. Dan, barang siapa mendekatiKu sehasta, Aku dekatinya sedepa. Barang siapa mendatangi dengan berjalan, Aku datanginya dengan berlari. Barang siapa menemuiKu dengan kesalahan sebesar bumi, sedangkan dia tidak menyekutukanKu dengan apa pun, Aku menemuinya dengan ampunan yang sepertinya (seperti ukuran dosa hamba tersebut)’.” [HR Muslim].

Hadits pertama dan kedua menunjukkan bahawa pintu rahmat itu sentiasa terbuka buat kita, selagi nyawa masih dikandung badan. Hadits ketiga pula menunjukkan betapa besarnya rahmat dan maghfirah Allah untuk kita semua.

Selain hadits ketiga ini, Imam Muslim bin Al-Hajjaj juga telah mencantumkan satu hadits yang berbicara tentang hal yang sama dalam kitab shahihnya (yakni kitab Shahih Muslim). Hadits itu, yang pada awalnya membicarakan tentang peristiwa mi’raj Rasulullah, terkandung satu janji daripada Allah S.W.T, bahawa setiap amalan kebaikan yang diniatkan, namun tidak dilakukan, akan diberikan ganjaran satu kebaikan. Sekiranya amalan itu dilakukan, diberi 10 ganjaran kebaikan. Sedangkan bagi setiap amalan kejahatan yang diniatkan, sekiranya tidak dilakukan, tidak akan dicatatkan baginya dosa, namun sekiranya dilakukan, dicatatkan baginya satu dosa.

Tambahan kepada hadits ketiga, hadits mi’raj ini membahas satu lagi bab penting, iaitu kehadiran niat dalam sesuatu perbuatan. Ini selaras dengan hadits Rasulullah S.A.W bahawa setiap amalan itu tergantung pada niatnya [HR Al-Bukhari dan Muslim].

Menghubungkan kehadiran niat dalam kisah lelaki ini, ternyata niatnya yang ikhlas itu telah menjadi hujjah bagi malaikat rahmat, sebagaimana kata-katanya, ”Dia pergi dengan (niat) bertaubat menghadap Allah sepenuh hati.” Begitulah pentingnya peranan niat yang ikhlas dalam kehidupan seseorang insan. Begitu juga dengan maghfirah Allah S.W.T. Seandainya kita benar-benar ikhlas bertaubat kepadaNya, telah dijanjikan buat kita keampunan sebesar mana sekali pun dosa kita. Sebagaimana kata-kata Harun Yahya (Adnan Oktar atau Adnan Hoca) dalam dokumentarinya yang berjudul ’The Name of Allah’, sekiranya Allah S.W.T itu tidak bersifat Maha Pengampun, pasti tiada seorang pun antara kita yang bakal menjejakkan kaki ke syurgaNya.

Dalam hadits ketiga ini juga kita diperlihatkan perbezaan antara seorang abid (ahli ibadah) dan seorang alim (orang yang berilmu). Perbezaannya cukup jelas dalam memberikan jawapan kepada lelaki tersebut. Jawapan orang alim tersebut ternyata lebih benar. Ini menunjukkan kelebihan orang berilmu dibandingkan ahli ibadah. – sumber

Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi.

Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya.” (HR Bukhari & Muslim)

Wallahu’ Alam

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

7 thoughts on “Kisah Lelaki Ingin Bertaubat Setelah Membunuh 100 Orang”

  1. Semoga Allah terima taubat dia… amin..

    1. kucinghitam says:

      amin ya rabal alamin
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  2. kucinghitam says:

    sesungguhnya Allah menerima taubat
    kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  3. World WarZ says:

    Dia ingin bertaubat dan mencuci diri dari kesalahan masa lampau dan satu niat yang baik dan murni supaya tidak terus bergelumang dengan dosa dan kejahatan yang tidak berkesudahan.
    Tetapi kenapa dia harus mencari seseorang untuk diberitahu niat beliau untuk bertaubat kerana bukan manusia yang penerima taubat atau tidak.
    Sepatutnye dia terus bertaubat memohon kehadrat Illahi supau mengampun dosa dosa dia dengan Allah (tetapi bukan dosa antara manusia apa lagi dosa mencabut jiwa seseorang/membunuh) .
    Setelah itu dia harus pergi belajar dan beramal dan beriman dan tidak mengulangi kejahatan yang lalu.

  4. omg says:

    tp apapun dosa si pembunuh tu tergantung dengan 99 orang yang dibunuhnya..
    sbb dia masih “berhutang” dengan manusia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge