Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas

gambar-ustaz-ashar-idrus-masa-muda.png

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang masih setia bersama fuh.my mahupun pembaca-pembaca baru yang dahagakan ilmu dan perkongsian manfaat. Malam ni Dr Fuh nak kongsikan berkenaan salah seorang Idola Dr Fuh sendiri iaitu nama yang tidak asing lagi dikalangan pemuda-pemuda seluruh Malaysia Ustaz Azhar Idrus.

Perkongsian ni bukanlah perkongsian yang biasa-biasa walaupun Ustaz Azhar Idrus juga manusia biasa seperti kita kerana ini merupakan perkongsian kisah hidup Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah bebas. Actually kisah ini telah banyak dikongsi oleh blogger lain. Tapi apa lah salah kiranya Dr Fuh pon share bersama kan. Mungkin ada dikalangan pembaca blog Dr Fuh belum mengetahuinya lagi. Jom kita ikuti perkongsian kisah hidup Ustaz Azhar Idrus sebelum menjadi Pendakwah Bebas yang Dr Fuh petik dari laman wikipedia dan juga laman oh!artis:

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus

Dahulunya Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu yang diberi nama “Band Boy”. Beliau dan Band Boy sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event kecil-kecil. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas, Biodata Ustaz Azhar Idrus, Latar Belakang UAI, Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah Terkenal Malaysia, Gambar Muda UAI

Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada era 80-an. Menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan sehobi dengannya.

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas, Biodata Ustaz Azhar Idrus, Latar Belakang UAI, Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah Terkenal Malaysia, Gambar Muda UAI

Ustaz Azhar Idrus dikatakan pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga iaitu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan beliau bekerja sebagai pencanting batik. Pada ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh dan mendalam. Tiada alasan baginya sama ada hujan mahupun ribut. Beliau beranikan diri dan gagahkan kudrat untuk pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Dikatakan juga, perubahan diri Ustaz Azhar Idrus kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama adalah didorong oleh kawan baiknya seorang “Otai Punk” yang telah menghilangkan diri selama 5 tahun. Setelah 5 tahun berpisah, kawan kepada Ustaz Azhar Idrus muncul dengan perwatakan dan peribadi yang sangat berbeza daripada 5 tahun yang lepas dari segi pemakaiannya dan juga tingkah lakunya.

Jadi disini jelaslah bahawa latar belakang bukanlah penghalang untuk kita menyampaikan dakwah kepada umat manusia yang lain. Tidak kira bagaimanapun latar belakang kita sekiranya Allah membukakan pintu hati kita maka tidak mustahil kita mampu menjadi penyampai dakwah yang berkesan kepada umat manusia.

 والله أعلمُ بالـصـواب

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

20 thoughts on “Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas”

  1. blogbob says:

    respek sama ustaz ,ustaz sanggup meninggalkan keduniaan semata2 mengejar amalam hidup kejalan allah ,

    1. kucinghitam says:

      dah ramai artis selebriti yg mula sedar skrg syukur belum terlambat
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  2. kawan aku pn ada, dulu gila punk, tido tgh jalan, kaki pau. sekarang insaf jadi org alim. manusia boleh berubah. antara nak @xnak je.
    Carlos Santiago recently posted…BAN Tumbesaran – Tanda Kanak2 Lelaki Besar Adalah Mula Meraba Gadis ?My Profile

    1. kucinghitam says:

      selagi hidup selagi bernyawa kita leh berubah ke arah kebaikan bro
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  3. cardinal says:

    band boy yg dimaksudkan adalah kumpulan iklim

    1. Daxx says:

      yeke? laaaa baru tahu ni. hehe
      Daxx recently posted…Epic! Rupa Kesan Mulut Disengat Lebah + 10 GambarMy Profile

      1. kucinghitam says:

        sama la baru tau gak
        kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    2. kucinghitam says:

      salem ngn UAI satu band la kiranya
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  4. tak semestinya bila kita ranggi di waktu muda kita akan terus ranggi kan alhamdulilah

    1. kucinghitam says:

      ntah sedangkan pantai berubah nikan manusia
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    1. kucinghitam says:

      kan esem siot time muda
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    1. kucinghitam says:

      tergoda ker pari oi hahahaha

  5. Does your site have a contact page?
    I’m having a tough time locating it but, I’d
    like to send you an email. I’ve got some suggestions for your blog you might be interested in hearing. Either way, great site and I look forward to seeing it develop over time.
    CrossFit equipment for sale recently posted…CrossFit equipment for saleMy Profile

  6. akulani says:

    manausia boleh berubah,kita hanya perlu berusaha dan yakin bahawa semuanya dala dalm kuasa Ilahi
    akulani recently posted…Minyak Naik Lagi l Rintihan Rakyat TertindasMy Profile

  7. sz network says:

    Terbaik la big boh UAI .
    sz network recently posted…Biodata Mawar Abdul Karim | Isteri Fizo OmarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge