Kisah Benar Yang Sedih Mampu Membuatkan Anda Mengalirkan Air Mata

kisah-benar-yang-sedih-menangis.jpg

Kisah Benar Yang Sedih

Kisah Benar Yang Sedih Mampu Membuatkan Anda Mengalirkan Air Mata | Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami.

Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sikit ngan abah. Apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. Mintak duit belanja. Kena buli ngan kawan, semuanya Mak. Ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pepagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi rumah.

Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena.

Masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak Abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, Mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pepagi lepas hantar kitorang pergi skolah abah singgah letak nasi lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasi lemak sebungkus Abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. Kekadang tu aku bawak gak 2, 3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.

Aku dapat duduk dengan mak sampai tingkatan 3, selepas itu aku masuk asrama Vokasional Temerloh. Tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasi kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.

Petang Jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasi setiap jumaat dia dah tahu, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku, Ada set tu. memang makan tak ingat punya. Kekadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3, 4 kali ulang makan nasi.

Duk asrama 2 taun lepas SPM aku kerja sementara kat Tekam Resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. Gaji RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang.

Benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. Dapat duit terus pergi pekan beli, ingat lagi..harga pancing tu RM75 satu set. Balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia tetiap hari pergi kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak motor, ni duit kerja anak ma, alhamdulillah dapat dah ma merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UITM (masa tu masih ITM) Shah Alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan masak sedap tengah hari tu. Tengah makan mak cakap “haa…makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni”, aku tanya kenapa kata ada surat kat depan. Dan dan aku pergi ambil baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia..lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mana.

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu abang sulung aku tanggung. Masa tu dia di Jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.

Masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik lelaki. Abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. Syukur pada Tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Ssetahun lepas adik lahir mak sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma pergi klinik je. Lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. Abah bawak pegi pada pakar kat hospital Mentakab. Diarang ambik sample darah.

Lepas seminggu diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan. Ya Allah, mak disahkan kena Kanser Payudara. Doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.

Bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. Aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “mie..nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. Mie..kain batik ma ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik”. Air mata memang tak leh tahan.

Sampai masa mak terpaksa operate jugak. Doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. Balik kampung kena jaga adik.

Lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah. Lepas 2 minggu Mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.

Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital jengka. Bermula hari tu..keadaan mak makin hari, makin teruk. Seminggu mak kat hospital. Kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk rumah, lepas tu abah terpakasa bawa mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. Masuk makanan mak muntah.

Doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap, tapi masa tu mak boleh bercakap.

Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. Walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.

Doktor ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga orang sakit barah. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit.

Seksanya mak, tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.

Semakin hari keadaan mak semakin teruk ..aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. Abg di Jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. Dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia.

Hampir 3 bulan mak kat hospital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua misi, doktor dah kenal. Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kisah. Memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik perempuan kemudian mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa Mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya Mak kami bawak balik ke umah. Sebab Mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia. Mintak dengan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan.

Bila mak sampai rumah. Suatu keajaiban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka, apa yang dia sebut kami cari. Kami ambil semua baju baru mak kami pakaikan pada dia sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas Mak tersekat-sekat..masa tu Mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar.

Tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat. Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum. “Ma… Emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa Emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum Emie selama ni, Emie mintak halal air susu yang Emie minum”, banyak lagi aku nak sebut pada Mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi Mak…. kami cium tapak kaki mak.

Air mata Mak mangalir. Kami letak adik tepi Mak. Bagi Mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata Mak mengalir bila tengok adik. Kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa Mak. Tak dapat merase kasih sayang Mak bisikkan sesuatu pada Abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi Mak.

Kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan Mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan Mak. Tak nak seksa mak.

Tak lama mak sesak nafas. Abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar seksanya menuju kematian. Innalillahiwainnahiro-jiun….. Ibu tercinta pergi buat selamanya………

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini…linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA. AMBILLAH KISAH BENAR YANG SEDIH INI SEBAGAI PEDOMAN HIDUP, HARGAI MEREKA! – Nizarazu!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

20 thoughts on “Kisah Benar Yang Sedih Mampu Membuatkan Anda Mengalirkan Air Mata”

    1. kucinghitam says:

      cik nabiela nak tisu ker

      1. nabila biela says:

        boleh jugak…huuuu

        1. Datin Tyka says:

          jangan ambil.. bahaya. heeee
          Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

      2. Datin Tyka says:

        tisu je bagi?
        Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      kita hati perempuan kecil je kan.. memang sedih
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  1. Daxx says:

    Selagi beliau masih ada di dunia bersama sama kita, gunakan lah peluang itu sebaik-baiknya 🙂
    Daxx recently posted…Hebat! Bekerja 11 Pekerjaan, Hanya 5 Kerja Berbayar + GambarMy Profile

    1. kucinghitam says:

      yup jangan sia2kan mereka
      kucinghitam recently posted…Rumah Khairy Jamaluddin kene rompakMy Profile

      1. Datin Tyka says:

        kau jangan sia sia kan komen kau ni. hahaha
        Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      jangan menyesal tak sudah nanti
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  2. kucinghitam says:

    kadang menda yg dpn mata selalu sia2kan
    kucinghitam recently posted…Rumah Khairy Jamaluddin kene rompakMy Profile

    1. Datin Tyka says:

      nanti baru nak menyesal jika dah tak ada depan kita
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  3. balqiswilson says:

    itulah kasih seorang ibu yang membawa ke syurga…tanpa ibu dan ayah tiadalah kita didunia ini…tq.

    1. Datin Tyka says:

      betul tu.. syurga dari mereka… semoga kita lebih sayang mak ayah kita
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

    1. Datin Tyka says:

      alaa sedih nyatu
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  4. lysa says:

    mEnitik air mata 🙁 sayu sangt . Teringat kat arwah mama. Alfatihah buat arwah mama.

  5. cik Ain says:

    jangan sia2 kan hidup org tua kita..

  6. JOBS VIEW says:

    hormatilah mak ayah kita..jagalah mereka selagi mereka masih ada..kita sebagai anak hanya mampu berdoa bagi yang mak ayah mereka telah tiada..

    jangan sia-siakan masa yang ada..selamat hari raya aidiladha..balik jumpa mak ayah ye semua..
    JOBS VIEW recently posted…Job Opportunities with Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) [UPDATE 11OCT2013]My Profile

  7. SuriyaAyuriss says:

    Sedih yg amat..Tersumbat idung T.T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge