Kisah Benar Ribuan Tentera Israel Bunuh Diri Selepas Perang. Kenapakah?

tentara-israel-tekanan.jpg

Kisah Benar Ribuan Tentera Israel Bunuh Diri Selepas Perang. Kenapakah? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Harini Dr Fuh nak share kisah benar yang berlaku kepada tentera-tentera Israel Laknatullah. Jangan kita sangka tentera Israel hidup tenang selepas membunuh umat-umat Islam yang tidak berdosa sekembalinya dari perang. Ikuti kisah benar ini.

TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja. Sebaliknya, tentera bersekutu terutamanya rejim Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.

“Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.

“Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.

“Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.

“Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.

“Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.

“Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan Al-Qassam.

“Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya,” kata Bleich.

Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.

“Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri,” katanya.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Kisah Benar Ribuan Tentera Israel Bunuh Diri Selepas Perang. Kenapakah?”

  1. VIMAX2U says:

    biasa la lepas buat baru la terasa akibat perbuatan
    VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  2. Itulah balasan Allah kepada mereka.. Orang salah mana ada boleh hidup tenang. akan di hantui rasa bersalah tu selagai tak taubat
    lekatlekitgurl recently posted…BAHAYA PAKAIKAN EMAS KEPADA ANAK ANAK KECILMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      setiap perbuatan baik atau jahat mesti ada balasan
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  3. Yana Sakura says:

    semoga mereka mendapat hidayah dari Allah ..
    Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna..Nasi dah jadi bubur..
    Yana Sakura recently posted…Kebesaran Al- QuranMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      dah bunuh diri dapat pengajaran pa akak? azab jer la yahudi kan kayu api neraka
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  4. vcore says:

    semoga mereka semua mendapat hidayah

  5. yezza says:

    lps bunh org dpt dose..lps bnuh dri pn dpt dose.. muhasabh dri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge