Kisah Benar Penggali Kubur Temui Mayat Berusia 30 Tahun Yang Masih Elok

kisah-benar-penggali-kubur.jpg

Kisah Benar Penggali Kubur Temui Mayat Berusia 30 Tahun Yang Masih Elok | KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat kisah benar ini, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

“Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

“Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat,” katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

“Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

“Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur,” katanya.

Dr Fuh – Allahu Rabbi. Apakah amalan yang telah beliau lakukan sepajang hidupnya? Adakah kita juga akan mendapat kelebihan sepertinya? Wallahualam..

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

12 thoughts on “Kisah Benar Penggali Kubur Temui Mayat Berusia 30 Tahun Yang Masih Elok”

  1. Daxx says:

    Ya Allah, semestinya arwah sedang bergembira di alam sebelah sana 🙂
    Daxx recently posted…Tonton: Running Man Episode 154 Asian Dream Cup 2013 (Sulli [f(x)] / Park Ji Sung / Evra [Manchester United])My Profile

    1. SilenceBlogz says:

      moga-moga lah hendaknya
      SilenceBlogz recently posted…Hujan Meteor PerseidsMy Profile

  2. SilenceBlogz says:

    Subhanallah… tak ada siapa yg boleh menghalangnya
    SilenceBlogz recently posted…Mutiara Kata – Silence Day of WednesdayMy Profile

  3. Anuar says:

    Subhan Allah… Kejadian ini berlaku dengan izin Allah….
    Anuar recently posted…Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..My Profile

  4. VIMAX2U says:

    setiap perbuatan ada balasan
    VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  5. Yana Sakura says:

    Subhanallah…inilah tanda kebesaran Allah.. =)
    semoga rohnya aman di sana dan dicucuri rahmat oleh Allah..
    Yana Sakura recently posted…Kebesaran Al- QuranMy Profile

  6. umi mursyidah says:

    Subhanallah. . tanda kebesaran Allah. . sm0ga kita banyak2 amalkan ibadah ya. . Allahuakhbar Allah Maha Besar. .

  7. vcore says:

    subhanallah.tanda kebesaran ALLAH S.W.T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge