Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin

kisah-benar-seram.jpg

Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin

Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin | Mukhadimah ; Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan.

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar.

Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. ***** Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling’

“SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam.”

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk – selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:

“Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wali’ ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan ‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

“Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

“Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah,” katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang ‘ia’ sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi ‘amalannya’ diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat – perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

53 thoughts on “Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin”

  1. sayidah says:

    nauzubillahh.. seramnya bila dengar. alhamdulillah semua kembali normal skrg.
    sayidah recently posted…IT’S ALL ABOUT .. ROKOK !My Profile

  2. Hurm… baik kawen dgn jin tu jer klw mcm tu kan hahahhah kbai tak lawak 😛

    1. fuhdotmy says:

      hehe..macam-macam lah akak ni :p

    2. Datin Tyka says:

      kalau jin tu hensem ok jugak.hahahaha
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

      1. Wkakaka.. komen yang buat aku gelak sorang2 dalam bilik nie.. haha
        Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  3. bee says:

    selalu bermain-main sebut pasal saka ni… eee, seram pulak
    bee recently posted…Lukisan Bibir Yang ComelMy Profile

    1. fuhdotmy says:

      mohon dijauhkan dari perkara sebegini

      1. Amin! Dulu saya pun x percaya pasal saka nie. tp slepas mengalami sndiri, mmg btl bnda nie wujud.. seram dowh!
        Aniqbukhary32 recently posted…Gempak! Azan orang gila menggemparkan pendudukMy Profile

  4. Jane says:

    [email protected] sy itinerary berkongsi cerita sy juga Ada pengalaman yg sama

    1. Ummar Farouk says:

      Harap cik puan sudi berkongsi masalah dgn kitorang…
      Ummar Farouk recently posted…Melihat Kehidupan Kita Dari Kaca Mata Sang PenciptaMy Profile

  5. Jane says:

    Harap email sy,sy juga Ada pengalaman yg sama

  6. Yeoman BieJey says:

    Menghindari ganguan alJinne Kuffar.
    Amalkan membaca ayat2 berikut pada sebilangan masa : –

    (1) * alFatihah.
    (2) * alBaqaroh ayat : 1 -5.
    (3) * alBaqaroh ayat : 102
    (4) * alBaqaroh ayat : 163 -4.
    (5) * alBaqaroh ayat :255 (ayaatul Kursie)
    (6) * alBaqaroh ayat : 285 -6.
    (7) * ali Imran ayat : 18 – 9.
    (8) * alA’araf ayat : 54 -6.
    (9) * alA’araf ayat : 117 – 122.
    (10) * Yunus ayat : 81 -2.
    (11) * Thohaa ayat : 69
    (12) * alMu’min ayat : 115 – 8.
    (13) * asSooffaat ayat : 1 – 10.
    (14) * alAhqaf ayat : 29 -32.
    (15) * arRahman ayat : 33 -6.
    (16) * alHasyer ayat : 21 – 4.
    (17) * alJinn ayat : 1 – 9.
    (18) * alIkhlas.
    (19) * alFalaq.
    (20) * anNas.

    Amalkan membacaNya pada waktu perlu & sebaikNya pada sebilangan masa yg terluang.

    1. Datin Tyka says:

      perkongsian yang sangat bagsus ni
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

    2. Thankz atas perkongsian yg saya kira cukup bermanfaat.. sekali lg terima kasih..
      Aniqbukhary32 recently posted…Gempak! Azan orang gila menggemparkan pendudukMy Profile

  7. TalibM says:

    untuk lebih memahami Asas alam keturunan Jin/asal usul, 3 permintaan yang Allah perkenankan sebelum di turunkan kebumi selepas Adam. dan bbanyak lagi. Dapatkan Buku kalau tak silap saya “Tak kenal Maka tak benci,Apa itu Syaitan”

  8. onlajer says:

    Apa – apa pu Allah Maha Kuasa
    onlajer recently posted…Saya Suka Hari TerbukaMy Profile

  9. Nur says:

    Benda saka memang wujud. dan selalunya orang yang ada saka ni hidupnya kurang senang. Org dahulu kala ada yg bela jin sebab utk jaga rumah dan kebun tapi masalah yg datang hanya kpd cucu cicit. Dulu saya sering bermimpi melahirkan bayi dan menyusukan bayi, ada juga mimpi jatuh dari bangunan tinggi, dan kerap kali tidur ditindih oleh makhluk berwarnan hitam dan melayang2 di udara. saya juga ada bermimpi ular. sehingga ada org bgtau saya terkena sihir.. saya cuba cari dalam internet tanda2 tersebut..memang tanda2 memiiki saka.saya tanya pada emak, tapi mak bgtau keluarga memang tak ada bela apa2. saya sering pening kepala tanpa sebab terutama pada waktu ptg hingga mlm. Tak lama kemudian saya berjumpa dengan website urutdanrawat.saya dengar AYAT RUQYAH SYARIAH.. setiap hari dan Alhamdulillah saya tidak lagi bermimpi benda2 seperti di atas. satu saja pesan dari saya” jangan tinggal solat”

  10. arllyanna ahmad says:

    Alhamdulillah semua kmbali normal,hnya yg mngalami phm keadaan sbenar.

    1. Diri Ini says:

      Yup hnya yg dh mengalami sahaja memahami ape itu saka….kalau yg xalami akan buat saka nie main2…saka nie terlalu bahay…hindari cepat sebelum melarat dalam diri…sbb saka nie terlalu sukar untuk di buang…

    2. Datin Tyka says:

      betul tu… mereka saja yang dapat merasai nya
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  11. hani says:

    takutnya kalau mcm ni..memang tak aman hidup..
    hani recently posted…Review Bedak TanakaMy Profile

    1. Datin Tyka says:

      minta minta dijauhkan la ya
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  12. missha says:

    humm seram jgak kami baca.. Kami pun kerap mimpi myusukan bayi lpas tu jumpa budak2 kecik,, tapi kami xpenh kena rogol lagi.. Moga Allah mlindungi kami..

    1. Datin Tyka says:

      semoga Allah lindungi kita semua..amin yaaa rabb
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  13. niza lie says:

    Mereka yg mengaiaml sendiri akn memahami bagaimana sukarnya melwn penyakit2 mistik ni, saya sendiri prnh menderita selama 17 tahun. berbagai mimpi dan gangguan saya alami. Tp saya x prnah percaya rupanya saya telah d sihir d samping ada jin yg sukakan saya, Bila sakit menyerang saya hanya menelan ubt migrain, angin dan gastrik. Klu x tahan sgt sakit saya akn ke klinik suruh doktor suntik ubt penahan sakit. Sehingga sampai satu tahap penyakit saya semakin serius hingga x tidur langsung selama 2 minggu, x blh mkn dan minum hingga memuntahkn balik apa saja yg masuk melalui kerongkong saya, demam dgn suhu bdn yg tinggi pd waktu asar dan tgh mlm. Bdn saya menggigil dan terasa sejuk yg amt sgt. Akhirnya saya d masukkan ke hosp d bahagian kecemasan, doktor membuat ujian darah, jantung dan mcm2 lg, tp akhirnya doktor mengesahkn saya sihat cuma denyutan jantung saya saja bergerak agk pantas. Sedangkn waktu tu saya rasa mcm waktu saya dh hampir sampai sbb x tahan lg menanggung sakit. Bila doktor x blh kesan penyakit saya , Bermula dari sinilah kelurga mula mencari altenatif dgn cara perubtan tradisional tanpa prnh putus asa. Ramai bomoh dan ustaz cuba merawat saya, namun tiada perubahan. Hinggalah saya d temukn dgn seorg ustaz, dgn izin Allah SWT saya sembuh dan semakin sembuh sepenuhnya slps 17 thn menanggungnya tanpa saya sedari…….mmg byk penyakit begini dlm masyarakat melayu dan jika kita memandang remeh sperti saya yg x percaya aknnya pd mula akhirnya terpaksa menanggung brbelas2 thn…….jika kita mempunyai tanda2 atau mimpi yg pelik brikthiarlah sblm lebih melarat……..

    1. Datin Tyka says:

      semoga anda selamat dari segalanya ya
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  14. kemaheng ramai yg komen 😛

    1. Datin Tyka says:

      ni spam ke ape.. he he
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  15. Ummar Farouk says:

    Saya pernah dengar nama-nama wanita yg jin suka… Antaranya, Najwa, Qistina dan selebihnya aku tak berapa nak ingat. Kalau nak tahu selebihnya, try search kat pakcik gugel… Hehe…
    Ummar Farouk recently posted…Melihat Kehidupan Kita Dari Kaca Mata Sang PenciptaMy Profile

    1. Datin Tyka says:

      betul tu.. risau juga nama anak buah salah satu tu
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

    2. Mak ai.. anak buah saya nama Qistina…
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  16. Datin Tyka says:

    memang ini perkara yang benar.. sebba tu kita kena rajin baca Al-Quran
    Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  17. nia says:

    assalamualaikum… saya juga nak share… perkara yg sama dengan saudari di atas… 9 tahun saya merana selalu mimpi bukan2… puncanya selepas saya mimpi arwah makcik hadiahkan saya kain warna kuning dan saya ambil kain tu ! pd waktu tu saya umur 15 tahun… perkara tu jadi biasa2 aje… tapi, masuk tahun 2013 lebih teruk lagi apabila ada kwn baik sendiri dua orang sanggup hantar sihir pd saya… sehingga menyebabkan jin tersebut rogol saya… selalu dalam mimpi… saya sedih ! hampir 2 mggu saya mcm org xde harapan nak hidup… saya ckp pd bf sy nak bunuh diri… lepas tu dia mrh2 sy… dia kejar saya kat tasik sbb sy bodo nk terjun… tiap2 mlm sy rasa akn sakit pd kemaluan sy… sy pn x sgka bf sy g jumpa sorg ank murid ustaz harun din… dia story smpi nangis2… pd mulanya sy mrh dia sbb cter kt org.. tp bila dia cter semua br sy fhm… pd mulanya sy takot nak g berubat… lepas dpt tau ada kwn sy lelaki & pmpn anta sihir pd sy… sy tkjt ! dan saka2 arwah nenek… antara saka tersebut untuk saya kelihatan lebih cantik dr org lain… buat org takot pd sy… lepas buang semua benda2 tu… alhamdulillah ! ringan badan saya… namun, lepas 3 bulan saya disihir semula… tp kali ni sy berubat dgn seorang ustaz dia berkata ada seseorang cucuk jarum kat dada saya… tu yg dada sy asyik sakit… alhamdulillah.. ustaz tu buang semua benda tu dlm bdn sy…

    jadi, apa yg sy lakukan selepas tu saya akan pasang ruqyah setiap pukul6.30 pm smpi 8pm untuk halau jin dari rumah… sebab jin takut ayat tu… lepas tu anda dengar lah ayat ruqyah tu sambil pejam mata… if anda rasa gelisah tanda ada jin dalam badan… lagi 1 jgn terlalu taksub dgn perubatan yg kita lakukan… saya ari2 baca al-quran… amalkan ayat qursi & 3 kul… alhamdulillah… sampai sekarang saya masih ok… apa2 pun… byk buat amalan…

  18. cekman omar says:

    Salam..
    kehidupan alam melayu/ nusantara berbau mistik. seingat saya pada suatu ketika gangguan saka sudah mula berkurangan kerana meningkatnya amalan agama dan syiar Islam. namun kini keadaan mulai kembali kepada suasana seperti dulu kerana manusia sendiri berbuat begitu. contohnya, lambakan cerita, filem,kerosakan aqidah. seolah olah menjemput ‘makhluk’ ini kembali sehingga ke alam nyata
    Apapun semuanya bermula dgn keteguhan iman dan amalan Islamik.
    Pengalaman kakak sendi yg tlh berkahwin lebih 40 tahun tidak memiliki zuriat memang menyedihkan.
    Tanda2 peringkat kronik terkena saka antaranya;
    1. murung berpanjangan dan suka bersendirian termasuk bercakap sendiri
    2. tidak menjaga kebersihan diri, tak mahu mandi, atau. memakai pakaian sama/ tidak dibasuh.
    3. sensitif jika disuruh berubat, bila2 masa boleh mengamuk(seolah ‘khadam’ tuan punya badan tahu)
    4. ada semacam bau badan tertentu yg menyebabkan org sekeliling rasa rimas/tidak selesa
    5. ada waktu2 tertantu, bulu roma/ tengkuk kita akan meremang bila kita memandang tepat ke matanya, kecuali kita memmbaca ayat2 rukyah/ al Quran dgn baik/tepat, maka dia akan tunduk atau gelisah.
    ini sebahagian kecil tanda2nya… apapun berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. wallahuaklam.

  19. semoga semua nya lebih elok….amin…
    Chinta Paradise recently posted…Rahsia Kurus Badan Dari Luar Dan DalamMy Profile

  20. zai says:

    Iklan: NMGNETWORK dikendalikan oleh Creative Great Service (002149379-W). Konsep pengurusan pendapatan NMGNETWORK berdasarkan kepada perkongsian keuntungan syarikat sesama ahli dan ‘FIRST COME FIRST OUT’.

    PLAN NMGNETWORK
    Ada 3 jenis pakej yang ditawarkan.
    Bronze(1 Akaun) Silver(2 Akaun) Gold(3 Akaun)
    Income : RM186.00 Income : RM372.00 Income : RM558.00
    Hibbah : RM40 Hibbah : RM80 Hibbah : RM120
    Profit Anda : RM146.00 Profit Anda : RM292.00 Profit Anda : RM438.00
    .**HIBBAH – Dana yang dikumpul untuk pembahagian BONUS ROYALTI PROFIT untuk ahli-ahli lain.

    BAGAIMANA AHLI PASIF DAPAT BONUS??
    1. Setiap penyertaan disusun secara auto oleh sistem.
    2. Pembukaan sistem syarikat hanya buka dua kaki, dan lima level ke bawah.
    3. Setiap kali seseorang ahli cukup bonus royalti profitnya akan dipotong HIBBAH untuk
    mewujudkan lot-lot baru di bawah ahli-ahli yang lain. JADI, JANGAN RISAU TENTANG
    OVER PAID.

    PLAN AFFILIATE.
    Dengan Mempromosi program ini kepada rakan-rakan anda, pihak syarikat mewujudkan plan affiliate, supaya ahli dapat menjana pendapatan tambahan.
    1. Bonus Royalti Profit – disediakan bagi ahli-ahli yang tidak sempat atau tidak pandai
    menaja. Maknanya, kalau duduk diam je pun boleh dapat bonus.
    2. Bonus Insentif Menaja – disediakan kepada ahli yang menaja. Nilainya ialah 50%
    daripada nilai pakej. Contoh, jika prospek ambik pakej GOLD, anda dapat bonus
    insentif RM60.
    3. Bonus insentif UNILEVEL – Anda dapat RM1 bagi setiap ahli-ahli tajaan di bawah anda
    menaja ahli yang lain.

    INILAH KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN YANG ANDA AKAN PEROLEH JIKA MENJANA PENDAPATAN BERSAMA KAMI. SEGALA KERISAUAN DAN KEMUSYKILAN TELAH TERUNGKAI DI SINI. JANGAN BERLENGAH LAGI!!! INGAT KONSEP BISNES NMGNETWORK, “FIRST COME, FIRST OUT” JANGAN BIARKAN AHLI KELUARGA ATAU SAHABAT HANDAI UPGRADE DULU DARIPADA ANDA. DAFTAR SEGERA DI SINI…….>>>http://nmgnetwork.com/rijal92

  21. saad jaafar says:

    Sesiapa yg ada masalah gangguan makhluk halus, datanglah ke Pusat Terapi Rawatan Islam Ilahiah di Bkt. Beruntung, Rawang, Selangor. Layarilah http://www.puteri.synthasite.com
    Pusat rawatan ni sangat brbeza dgn pusat rwtn Islam yg lain. Ia sungguh berkesan dan sgt meyakinkan. Tengoklah video dlm wbsite tu. Rasa sakit hilang serta merta.

  22. sida says:

    cop2,kenapa dia perlu berpisah dgn suami nya, sdg kan hukum cerai itu kan haram…atau sy yg salah faham yan dia sbnrnya tak bercerai tp duduk jauhdgn suami dia, tp itu kan ttp dikira salah kan. Walau pape pon sbb saka nie juga lah trjadinya cerai, peristiwa dia sama dgn klurga sy namun sy tak benarkan apepepon berlaku penceraian dlm keluarga, benda tu sbnrnya boleh dikawal jika kita yakin pada allah dan bnyk buat ibadah , tak perlu smpai ddk jauh bagai .ini semua takhyul.Jgn disbbkan kita takut dgn penderitaan yg diggu kita melepaskan sglanya bgtw sahaja setelah kbhgia tlh dikecapi.
    sida recently posted…Petua Resdung Yang Mudah Dan BerkesanMy Profile

    1. jo says:

      Maaf la ye..mencelah…tp xperasan ke mmg dr awal da ade ralat pada cerita ni…cerita awal pasal guru yg da kawen tp masih xde anak…dan saka dtg dr belah suami..tp nape ditengah2 dan ending die pasal perempuan lain plk??…

  23. MOHD C-EXOR says:

    Apa pun membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif…Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk di yakini.Ramai memperkatakannya tetapi amat sedikit tahu jalan keluar mengatasinya…ianya benar2 menghantui orang melayu di Malaysia hari ini! Berbagai cara dan kaedah di gunapakai adakah ianya benar2 dapat membantu ???
    Pendapat saya…kalau anda hendak berjumpa perawat untuk di rawat PASTIKAN !!!
    Pertama…Pastikan perawat ini perawat yang benar2 mahir dan bertanggungjawab!!!
    Kedua…Seandainya anda dirawat oleh perawat…pastikan anda bertanya mampukah beliau menangani/menyelesaikan masalah saka yang berada di LUAR badan…Kalau didalam badan bolehlah di rukyah macamana yang di luar badan pesakit???
    Ketiga…Kalau SAKA di buang pastikan TIDAK BERTEMPOH !…buangnya tidak bertempoh sebulan…setahun…TAPI PERLU UNTUK selama2nya.
    Keempat…Seandainya SAKA didalam badan hendak di bakar atau di bunuh kerana kedegilan SAKA tersebut pastikan KESEMUANYA di bunuh yang berada DIDALAM BADAN maupun DILUAR BADAN tanpa tinggal satu pun!
    Seandainya satu sahaja yang di bunuh atau di cederakan…apakah tindak balas ahli saka yang lain?! Anda yang di rawat pasti anda tahu kesannya!!!
    dari… http://www.pakarbuangsaka.blogspot.com

  24. World WarZ says:

    Untuk mengatasi saka lakukanlah amalan-amalan yang boleh memperkukuhkan jati diri anda agar sentiasa patuh kepada hukum-hukum Allah, Banyakkan membaca ayat-ayat Allah, khususnya daripada surah-surah yang sabit keberkesanannya, bacalah dimalam hari di rumah. Amalkan membaca Surah al-Baqarah, Suratul Jin, Surah al-Fussilat, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah an-Nass dan zikir-zikir yang ma’thurat.

    Yang pentingnya hati kita sentiasa mengingati Allah. Sama ada zikir dengan lidah, hati atau dengan akal akan kebesaran Allah S.W.T, semuanya boleh digunakan sebagai cara-cara untuk mengatasi saka.

  25. of course like your web site however you need to check the spelling on several of your posts. Several of them are rife with spelling problems and I find it very bothersome to tell the reality then again I’ll definitely come again again.

  26. kucinghitam says:

    jin pun gila sex skrg

    1. semua makhluk pun bernafsu.. lebih2 lagi jin & syaitan ni.
      lekatlekitgurl recently posted…VIDEO BLOGGER LUCAH NAK BUNUH DIRIMy Profile

  27. percaya atau tak ia memang wujud & masih ada yang mengamalkan sehingga hari ni. Orang kata saka susah nak buang tapi setiap makhluk di dunia ni takde satu pun boleh menandingi kuasa Allah.. jadi mohonlah pertolongan dari Allah. Jangan kena penyakit2 berkaitan dengan jin pergi jumpa bomoh yg jenis ada khadam (jin) jugak.. Insya Allah tak berapa sembuh la sakit korang sampai akhir hayat. Jumpalah mereka yang sepatutnya.. yg mengamalkan al quran dalam kaedah rawatan.
    lekatlekitgurl recently posted…VIDEO BLOGGER LUCAH NAK BUNUH DIRIMy Profile

  28. obviously like your website but you have to test the spelling on quite a few of your posts. Many of them are rife with spelling issues and I in finding it very troublesome to tell the truth however I’ll definitely come again again.

  29. anakemak says:

    Saya pnah mimpi2 smua 2..tkt pon ada bila sdar dr tido..tp sy slalu ase mcm ad pak cik tua pkai serba putih slalu ad dkt ngn sy..dan bru2 ni sy brubat sbb sy dpt skit prut yg tramat sgt..pg cek hspital dktor ckp xde ape2..bila sy pg bt ruqyah ad yg ckp sy ji kna buatan org..entah la..tp skang ni sy lbih dkatkn diri pd Allah sbb Allah lah tmpt pergantungan kta..

  30. jo says:

    Xkn xde org perasan ade ralat pada awal cerita ni…bkn sy xcaye pd benda2 mcm ni….sy pon ade pengalaman..tp cb bace blk dr awal cerita ni…td kata berlaku pada sorang wanita yg blm ade anak..saka dtg dr belah suami…tp bila bace kisahnye lain la plk…mane perginya perempuan yg sdh kawen tp masih blm ade anak tu?..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge