Kisah Benar – Kenapa Awak Tidak Rogol Saya?

kisah-benar-kenapa-tak-rogol-saya.jpg

Kisah Benar – Kenapa Awak Tidak Rogol Saya? | Kisah benar ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan ‘sempurna’ dan memiliki akhlak yang baik.

Kisah benar bermula…

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

kisah benar kenapa tak rogol sayaSemasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone ?
Mengapa kamu tidak rogol atau melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?

Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu

SUMBER

Wallaualam

Dari pengamatan Dr Fuh, Dr Fuh sendiri pon tidak bole nak pastikan adakah kisah ini benar-benar berlaku atau tidak. Walaubagaimana pun kisah ini perlu diambil ikhtibar. Sekiranya kita menjaga aurat kita dengan dengan baik dan menjaga hubungan kita dengan Allah, In Shaa Allah, Allah akan memelihara keselamatan kita.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

16 thoughts on “Kisah Benar – Kenapa Awak Tidak Rogol Saya?”

  1. fyna says:

    untuk kita jadikan ikhtibar bersama-sama.
    fyna recently posted…Cute Baby Strap Sandals Untuk Si Comel AndaMy Profile

  2. sayidah says:

    rasa macam pernah dgr cerita ni jugak. kisah benar tak silap.
    sayidah recently posted…IT’S ALL ABOUT .. ROKOK !My Profile

    1. fuhdotmy says:

      yup..dikatakan kisah benar, tapi banyak versi..mungkin dah diubah suai kot..huhu

  3. dah lama baca article ni benar atau tidak mengamalkan bacaan ayat kursi memang satu amalan yg digalakkan

  4. girl says:

    Translate pun salah..

    Dlm english.. “Why don’t you do anything to me…”
    Dlm Malay.. “Mengapa kamu tidak rogol….” [Klau kekalkan ayat ni, bunyi dia macam minta dirogol.. ]
    (Sepatutnya: Mengapa kamu tidak apa2kan saya..)

    Bagus lah wanita itu selamat.
    PEACE NO WAR.. =]

    1. Rayne says:

      aPa Lahh Kau Nie..Itu Pun Nak jadi Satu prsoalan kh??Bangang Btul..

  5. noor says:

    Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

  6. alya sofina says:

    insya,allah akhirnya perempuan itu selamat juga ya…….

  7. shaila says:

    Subhanallah…Allah itu maha pelindung..
    shaila recently posted…Resepi Ayam BerempahMy Profile

    1. farah nur says:

      kalau mcm tu, tentu la kuasa allah

  8. Prayer says:

    Kenapa nak dipertikaikan samada benar atau tidak? Jika kita bermohon dengan ikhlas akan bantuan daripada Allah, nescaya kita akan dibantuNya. Cuba jangan dipertikaikan jika ada cerita sebegini. Jadikan je iktibar jika positif dan jauhkan saja jika negatif.

  9. malbath says:

    Subhanallah..Allah Kasih kepada hambaNya yang bertakwa..Takwa senjata Yang Paling Ampuh di dunia dan Di Akhirat.

  10. ambo says:

    Samada kisah ini benar atau tidak wallahu alam. Tapi Alhamdulillah saya sekeluarga terselamat daripada maut ketika kemalangan di LDP. Saya yakin, hikmah daripada amalan ayatul bacaan kursi sebelum memulakan perjalanan.

    1. ambo says:

      * bacaan ayatul kursi

  11. blogbob says:

    buat baik dibalas baik ,buat jahat dibalas jahat

  12. daniel says:

    orang tak rogol minta la pulak kcewaletew psal tak kna rogol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge