Kisah Benar Ibu Korbankan Nyawa Susukan Anak Sebelum Nafas Terakir

kemalangan-ngeri.jpg

Kisah Benar Ibu Korbankan Nyawa Susukan Anak Sebelum Nafas Terakir | Allahu Rabbi. Dr Fuh ada terbaca artikel ni dari simpanan Dr Fuh sendiri, Dr Fuh tak pasti Dr Fuh petik dari mana. Tapi Dr Fuh pernah kongsikan kisah benar ni di blog lama Dr Fuh suatu ketika dahulu. Kali ni Dr Fuh share lagi sekali untuk kita baca dan renungi kisah ini. Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan anaknya. Subhanallah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir,pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu…menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah…

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

11 thoughts on “Kisah Benar Ibu Korbankan Nyawa Susukan Anak Sebelum Nafas Terakir”

  1. amir zahari says:

    sebak lak baca part bila bomba dtg tu..
    amir zahari recently posted…Suka Memberi Amalan Mulia – Sedih Tengok Video IniMy Profile

  2. kasihnya ibu…bertapa besarnya pengorbanan seorang ibu
    blogger lelaki recently posted…Minda Kita Mudah Di Brainwash?My Profile

    1. VIMAX2U says:

      KASIH SEORANG IBU SANGGUP BERKORBAN MACAM LAGU P RAMLEE TUE
      VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  3. saya faham perasaan seorang ibu tu.. dalam apa keadaan pun seorang ibu nak sentiasa pastikan bayi dia selesa selamat & kenyang. Sebab saya pun walau kemana2 saja.. shopping ke bila sampai time baby saya minum susu walau dia tak merengek pun saya mesti nak kalau boleh cepat2 bagi dia susu. saya tak sampai hati nak biar dia sampai menangis lapar. Sebab tu saya jarang nak tunggu anak saya menangis lapar baru bagi susu. cukup masa dia perlu minum susu saya akan bagi. Itulah kasih seorang ibu.. selagi ada nyawa & kudrat.. dia akan pastikan anaknya selamat & sihat
    lekatlekitgurl recently posted…PERMINTAAN PEMINAT UMIE AIDA YANG TAK BERAGAK LANGSUNGMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      YELA IBU MANA PUN SAMA JA KECUALI YNG XDA PERASAAN YG SANGGUP BUANG ANAK SENDIRI MACAM SAMPAH TUE MEMANG TERUK DARI BINATANG
      VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  4. sedihnya baca kisah nie,begitu besar pengorbanan ibu itu…Moga syurgalah tempatnya,insyallah..

  5. VIMAX2U says:

    SEDIH LA NIE YANG XSUKA BACA CETA2 YANG MENYAYAT HATI NIE HUHUHU
    VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  6. hadifahmy says:

    kasih syg seorang ibu

  7. Ezad Skytech says:

    kasih seorang ibu kepada anaknya….
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  8. Mr.ReVMon says:

    Betapa besarnya pengorbanan ibu itu~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge