Kisah Benar – Allahu Rabbi Kagumnya Aku Dengan Budak PUNK Ini

kisah-benar-budak-punk-kelantan.jpg

Kisah Benar – Allahu Rabbi Kagumnya Aku Dengan Budak PUNK Ini | Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca laman fuh.my yang dikasihi. Harini Dr Fuh nak share satu artikel yang ditulis sendiri oleh sahabat Dr Fuh berdasarkan pengalaman sebenar beliau, Que Achmad. Ya, ini adalah kisah benar. Jom kita hayati betul-betul apa yang ingin disampaikan oleh beliau. Beliau menggelarkan dirinya sebagai “abe”

============================================

KISAH BENAR

Ikhlas Abe nak cakap kat sini, Abe sangat kagum dengan 2 orang BUDAK PUNK yang Abe jumpa ni. Subhanallah, berkat rahmatmu YA ALLAH menganugerahkan PEMIMPIN YANG MEMPERAKTIKKAN ISLAM DALAM PENTADBIRANNYA DI KELANTAN NI. Bersyukur pada Mu Ya Allah.

Kisahnya macam ni. Ni pengalaman Abe sendiri, Abe alaminya. Abe adalah ke Shopping Complex KB Mall untuk beli barang. Yelah, majlis pun semakin dekat, so, beli barang lah. Masa tu Abe sampai dalam jam 3.30 ptg. Masa tu jgk, Abe belum pekena Zohor lagi, almaklumlah perjalanan jauh dr Putrajaya Ke Kota Bharu. Jadi, 1st step yg Abe buat, Abe carilah Surau. Dekat KB Mall, korang jgn bimbang, suraunya banyak, Alhamdulillah.

Masa Abe OTW menghala ke surau, tetiba Abe terpana bila Abe lihat 2 orang BUDAK PUNK (sorang baju biru & sorang baju kuning) siap dengan pakaian & rambut tercacak juga menghala ke laluan yang sama. Mmg rock abis Abe tengok. Awalnnya Abe pikir, mungkin budak2 ni siap lokasi kot. Xpe, Abe teruskan langkah lagi. Korang nak tahu tak, bila betul2 sampai di depan pintu surau, Abe jadi kaku, tak tahu sebab kenapa Abe terKAKU. Seriously, Abe saksikan budak2 PUNK tu sedang tanggalkan kasut bootnya, pastu dia tanggalkan stoking. Setiap sorang budak PUNK tu menyandang beg galas. Abe perhatikan lagi, dan perhati dan terus perhatikan mereka.

Mungkin dorang terperasan kot Abe sedang tengok mereka, dorang toleh pada Abe dan dorang angkat tangan serta bagi salam. Abe jawab je salam mereka. Lepas tu, dorang terus menghala ke tempat amik air wuduk. Abe ternganga, percaya dalam tak percaya. Pertama sekali, Abe tengok dibasuhnya kepala dan jambul masing2 sampai dah tak tercacak lagi. Bila dah bersih sempurna, dorang mula berwuduk. ABE KAGUM, YA ALLAH! ABE SANGAT KAGUM & HAMPIR TAK PERCAYA.

Abe sampai duk asyik perhatikan dorang saja tanpa berganjak pun dr tempat duduk bangku Abe tanggalkan kasut. Lepas tu, Abe tengok sesuatu YANG MEMBUATKAN Abe ucap ALHAMDULILLAH. Rupanya dalam beg sandang budak tu masing2, ada kain pelikat & kopiah. Ya Allah, tersentuh hati Abe. Dorang kemudiannya Abe lihat sedang salin pakaian dan kenakan kain pelihat serta pakai kopiah. Yang lagi membuatkan Abe terkejut & terus Abe bangun dari tempat duduk Abe bilamana salah seorang dari budak PUNK tu menyapa Abe dan cakap dalam loghat kelate “Abe, marilah semaye skali ngn kami, insyaAllah kami tunggu. Kito semaye samo2“. Terus Abe amik wuduk. Bila siap berwuduk, Abe terus masuk surau. YA ALLAH, satu lagi benda yang Abe lihat yang buat Abe macam nak nangis je. Mungkin sb terlalu kagum kot, huhuhuhu.

Abe lihat satu saf lebih kurang 8orang telah dibentuk dan seseorang telah iqamat. Korang nak tahu tak, yang sedang iqamat tu, budak PUNK yang pakai baju kuning manakala yang bersedia untuk jadi Imam pulak budak PUNK yang pakai baju hijau tadi. Kami pun solat sesama. Alhamdulillah, siap solat berjemaah. Lepas masing2 bersalaman, kami pun masing2 keluar. Mata Abe masih asyik lagi pandang budak2 tadi. Dorang perasan Abe sedang tengok dorang, dorang senyum je kat Abe. Abe tengok dorang sedang bersiap semula pakai pakaian masing2 macam tadi. Dikeluarkan WAX rambut dr beg galas, pastu siap cacakkan rambut, dorang mula bercelak semula.

Tetiba tergerak hati Abe nak buka mulut berkata. Kata2 yang keluar dari mulut Abe cuma pertanyaan pada salah sorang budak tu “Adik orang mana? Asal kelate ke? “. Dorang jawab “Ye Bea, kami asal Kubang Kerian (salah satu nama tempat kat sini). Bakpo bea? Dorang pulak tanya Abe?”

Abe jawab “takdop gapo2, Abe cuma banggo je. Tak sangko”.

Dorang senyum je dan jawab “THIS IS KELANTAN, Tok Guru bagi ilmu yang cukup InsyaAllah pada semua rakyat kelate”

Kisah Benar, Budak Punk, Punk Kelantan, Kisah Yang Menginsafkan, Kisah Benar Di Kelantan, Tok Guru, This Is Kelantan, Rahsia Solat Berjemaah, Punk Not Dead

Kami bersalaman dan dorang terus beredar. Dalam xsedar, airmata Abe terMENGALIR sebab kagum dengan aturanMu Ya Allah. Pengajaran daripada KISAH BENAR PENGALAMAN ABE NI, Don’t Judge A Book By Its Cover. Maknanya, jangan cepat menilaikan orang & berperasangka buruk sebelum mengenali seseorang itu. – Que Achmad

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

11 thoughts on “Kisah Benar – Allahu Rabbi Kagumnya Aku Dengan Budak PUNK Ini”

  1. Don’t judge a book by its cover.
    Carlos Santiago recently posted…BAN Politik – Lab The Rat: Band Anak Raja Bahrin P36 Kuala TerengganuMy Profile

    1. kucinghitam says:

      tp byk org suka menilai luaran
      kucinghitam recently posted…KERJA KOSONG ISETAN DI PENANGMy Profile

  2. kucinghitam says:

    penampilan tu subjektif
    kucinghitam recently posted…KERJA KOSONG ISETAN DI PENANGMy Profile

  3. norainyusoff says:

    jadi seperti ikan di laut.. 🙂
    norainyusoff recently posted…Outdoor Photoshoot Pengantin Merah MenyalaMy Profile

  4. oppebank says:

    What’s up to every body, it’s my first visit of this blog; this blog
    consists of awesome and really excellent data in favor
    of visitors.
    oppebank recently posted…oppebankMy Profile

  5. asha hana says:

    kagum. selalunya manusia macam tu la. cepat menilai dan menghukum. :’)
    asha hana recently posted…Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara BerjalanMy Profile

  6. Perantau Ikhlas says:

    salam…
    pd pndpt sy mgkin penulis x penah jumpa kat tmpat lainn.. sy bkn kelantan tp masih d pantai tmur.. perkara sebegini juga ada juga kat negeri2 lain.. dats y i said yg penulis xjumpa kat tmpat lain.. kalo penulis g nite club pulak.. ada je kelantanese.. knp ye ? xdpt didikan tok guru ngn sempurna ke ? peace ! no need la nk post cerita macam ni.. kalo.nk.post xpelu la mention negeri.. mcm negeri lain x bagus pulak.. org kelantab ni.byk merantau… kat sume negeri ada.. kesiannn… sbb tu kot x dpt didikan tok guru… peace ! assalamualaikum…

    1. hamba allah says:

      ehh2 kau ni perantau ikhlas..yg die cite ni psl die jmpe kat kelantan..kalau kau jmpe kat tempat lain kau la cerita..kau dengki yee..?hahaha…

  7. askasykes says:

    You actually make it seem really easy with your presentation but I in finding this topic to be actually one thing
    which I think I would never understand. It kind of feels
    too complex and extremely broad for me. I’m having a look forward in your subsequent publish, I’ll attempt to get the dangle
    of it!
    askasykes recently posted…askasykesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge