Kisah Banduan Tali Gantung Yang Diceritan Oleh Tukang Gantung Sendiri

kisah-banduan-tali-gantung.jpeg

Kisah Banduan Tali Gantung Yang Diceritan Oleh Tukang Gantung Sendiri

Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin…

Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

<img class="aligncenter size-full wp-image-1479" alt="kisah banduan tali gantung, kisah ngeri saat akhir banduan tali gantung, cerita banduan, Kisah Benar, ” src=”http://fuh.com.my/wp-content/uploads/2013/06/kisah-banduan-tali-gantung-2.jpg” width=”300″ height=”228″ />

Kisah Banduan Tali Gantung

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

14 thoughts on “Kisah Banduan Tali Gantung Yang Diceritan Oleh Tukang Gantung Sendiri”

  1. Daxx says:

    Mohon agar kita dijauhkan dari hukuman mati sebegini. Aminnn….
    Mohon lagi agar Fuh paparkan banyak lagi kisah benar/sedih/teladan! 🙂
    Daxx recently posted…Seleb: Johnny Depp Hampir Buta Sejak Kecil LagiMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Samalah… kawe pun berharap begitu…
      Ummar Farouk recently posted…Fakta Mengenai Sejarah Memerangi Parsi MajusiMy Profile

      1. kucinghitam says:

        semua orang xmau macam tue
        kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    2. kucinghitam says:

      yup ngeri ja tgk
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. semoga kita semua dijauhkan dari hukuman gantung ni… walau apa pun alasan itu bukanlah cara mati yg kita semua mahu…. tapi ni satu article yg menarik thanks…

    1. kucinghitam says:

      sapa nak mati macam tu
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. kucinghitam says:

    kalo x bt salah xkan kena la
    kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  4. nabila biela says:

    takutnya kalo camni…cmnelah dia rasekan
    nabila biela recently posted…CIRI-CIRI BLOG YANG DISUKAI GOOGLEMy Profile

  5. sis92 says:

    meremang bulu roma. Mudah-mudahan yang baca jadikan pengajaran. Memang masa buat tak pikir salah dosa, lepastu nak menyesal tak guna apa dah.
    sis92 recently posted…Live Streaming Hujan Tahi Bintang @ Hujan Meteor Ogos 2013My Profile

  6. Anne says:

    pernah buat lawatan sekolah ke penjara pudu masa tahun 1997 & berjaya masuk ke bilik akhir. Memang seram esp bile lampu ditutup hanya audio sahaja di pasangkan. bunyi tapak kaki pesalah akhir dgn petugas penjara kemudian nama disebutkan lepas tu bunyi nafas pesalah akhir tu mendengus mmg sangat menginsafkan.. jauhi la dadah atau sebarang perbuatan jenayah. Doa pada Allah swt kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.. amin in sha allah.

  7. api says:

    kdang2 ada jgk yg xbsalah yg kena…mintak2 kita djauhkan drpd ini….
    api recently posted…tanda bela hantuMy Profile

  8. Bagi mereka yang bersedia.. menerima dengan tenang. Mungkin itu ganjaran yang Allah bagi selepas mereka bertaubat & menjadi hamba yang insaf sebelum di hukuman di laksanakan.
    lekatlekitgurl recently posted…GAMBAR ANAK WAWA ZAINAL & ARIEL ZAFRELMy Profile

  9. farid says:

    Tukang tarik gear tu memula kerja msti cuak jgk..tp lma kelamaan akn mnjdi biasa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge