Kisah Abu Hanifah Menasihati Si Pemalas

abu.jpg

Kisah Abu Hanifah Menasihati Si Pemalas

Kisah Abu Hanifah Menasihati Si Pemalas | Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata,

“Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.”

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis,

” Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah s.w.t. dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus.”

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi,

“Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhantidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku.”

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya,

“Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian ‘malas’ namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah s.w.t.. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah s.w.t. tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah s.w.t. tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolonganAllah s.w.t.. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya.”

Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu. Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Kisah Abu Hanifah Menasihati Si Pemalas”

  1. muja says:

    ok,,, nasihat ni memang sesuai untuk aku yang sangat rajin ini,, tocey naa 😀
    muja recently posted…Selamat Pengantin Baru Buat Dkna Abza dan Miekael 😀My Profile

    1. puteri says:

      same2 toceh.. muja rajin muja.. ekeke 🙂

    2. Cara Abu Hanifah nasihat tu saya suka.. Hikmah. dengan cara nie senang orang nak ikut.. Bukannya marah melulu.
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  2. Rina says:

    Mari jangan bermalas-malasan agar rejeki Allah SWT senantiasa menghampiri kita …
    Rina recently posted…Create CSS Responsive Pricing Tables Design For WebsiteMy Profile

    1. Semangat anak muda macam nie yg kita mahu.. Huhu 😀
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  3. Yana Sakura says:

    Wahh..nasihat nie sesuai untuk diri yana yang kdg2 mengeluh nie..hehe..mekaceh…naek semangat utk terus berusaha smpi berjaya..yeahh!! wink2 😀
    Yana Sakura recently posted…Kebesaran Al- QuranMy Profile

    1. Bukan Yana je.. saya pun semangat jg baca kisah nie.. 🙂
      Aniqbukhary32 recently posted…Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 2)My Profile

  4. Bumi Allah maha luas.. Kita usaha dan ikhtiar Allah akan buka jalan.. Yakinlah!
    Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge