Khasiat Yogurt Untuk Kesihatan Yang Perlu Diketahui

Khasiat-Yogurt-Untuk-Kesihatan-Yang-Perlu-Diketahui.jpg

Khasiat Yogurt Untuk Kesihatan Yang Perlu Diketahui | Tahukah anda, badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup.

Yogurt Probiotik adalah istilah yang sering didengar, ia juga sama dengan probiotik, merujuk kepada organisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dalam jumlah yang mencukupi. Ia merangsang pertumbuhan mikro organisma yang baik untuk badan.

Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.

Yogurt berkuasa untuk meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang manusia. Ia juga membantu mencegah osteoporosis. Pemakanan yang mencukupi membantu mencegah dan merawat penyakit ini, dengan membekalkan kalsium dan vitamin D, yang amat penting untuk kesihatan tulang.

Kajian juga membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan.

Untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan harian dan berusaha menurunkan berat badan, yogurt adalah pilihan tepat. Yogurt dapat membantu anda merasakan nikmat kekenyangan. Walaupun pengguna mengamalkan makan makanan ringan seperti yogurt, mengurangkan kalori di dalam badan tidak akan lengkap tanpa senaman yang mencukupi setiap hari. Oleh itu, yogurt menyebabkan penilaian kelaparan yang lebih rendah dan penilaian kenyang yang lebih tinggi daripada makanan ringan yang lain.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Khasiat Yogurt Untuk Kesihatan Yang Perlu Diketahui”

  1. kucinghitam says:

    SEDAP NYER YOGURT KLO DAPAT MAKAN PEPAGI NIE
    kucinghitam recently posted…IBU NEGARA MALAYSIA IALAH ?!!My Profile

  2. hafiz says:

    rajin juga beli pasal anak2 pun suka makan yogurt ni..
    hafiz recently posted…Kerja keras demi keluargaMy Profile

  3. dulu serius aku x minat yogurt…tp skang sejak terpengaruh dgn wife aku dh jd feberet pulak
    blogger lelaki recently posted…Lelaki Idaman WanitaMy Profile

  4. vcore says:

    sedap yogurt,btw,nice info

  5. baby comel says:

    tapi saya tak suka yogurt =(
    baby comel recently posted…Penenang JiwaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge