Khasiat Susu Kambing Yang Mesti Diketahui

khasiat-susu-kambing.jpeg

Khasiat Susu Kambing Yang Mesti Diketahui | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Kat sini berapa ramai yang pernah minum susu kambing segar? Mesti tak ramai kan. Tahukah anda bahawa susu kambing mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan kepada tubuh kita?

Di zaman moden ini ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat banyak khasiat dalam susu kambing yang mana di dalam satu kajian telah mendapati kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda lebih baik daripada susu lembu biasa.

Ianya terbukti dengan kajian apabila menunjukkan kandungan yang terdapat dalam susu kambing ialah seperti protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B112,dan potassium.

Selain itu, susu kambing juga dapat membantu penghidap deman kuning dan pesakit anemia kerana ianya mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.

Malahan menurut satu kajian Universiti Granada, susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu yang mana molekul susu kambing lebih halus dan hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan masa dua jam.

Menikmati secawan susu kambing dapat memberi kesegaran dicampur dengan makanan tambahan lain seperti kismis, delima, Habbatus sauda ia boleh menjadi suatu hidangan yang lengkap baik untuk kesihatan. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “Khasiat Susu Kambing Yang Mesti Diketahui”

  1. Today, while I was at work, my cousin stole my iPad and
    tested to see if it can survive a 30 foot drop, just so she can be
    a youtube sensation. My iPad is now broken and she has 83 views.
    I know this is entirely off topic but I had to share it with someone!
    http://submittingarticles.net/workout-wedding-event-planning recently posted…http://submittingarticles.net/workout-wedding-event-planningMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge