Khasiat Kismis Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

kismis-2.jpg

Khasiat Kismis Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Puteri ada terbaca satu artikel kesihatan tentang khasiat kismis untuk kesihatan dan kecantikan. Sebagai mana kita tahu kismis ini ada begitu banyak khasiat seperti buah kurma. Kismis mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin B1, B2, B3, B5, B6, dan B9, kolin, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalsium, zat besi, magnesium, fosfor, potassium, sodium, zind dan fluoride.

Khasiat Kismis Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

1. Manfaat Kismis Untuk Perawatan mata – Fitonutrien dan antioksidan yang terkandung di dalam kismis baik untuk merawat mata. Mencegah kerosakan pada mata yang disebabkan oleh radikal bebas.

2. Tulang yang kuat – Kismis juga salah satu bahan makanan yang kaya akan zat besi dan kalsium. Sihat disajikan dan bermanfaat menjaga tulang agar tetap kuat. Wanita yang mengalami menopause umumnya kekurangan kalsium dan berisiko besar terkena osteoporosis, untuk itu mereka disarankan konsume buah yang dikeringkan ini.

3. Mengatasi disfungsi ereksi – Lelaki juga boleh lah konsume kismis kerana kandungan arginin, sejenis amino acid yang terkandung di dalam kismis dan membantu meningkatkan libido. Arginin tersebut akan membantu mengatasi disfungsi ereksi.

4. Detoks perut – Umumnya saat buang angin dan baunya tak sedap menandakan perut sedang dalam kondisi kotor. Nah, inilah saat yang tepat untuk mengambil kismis yang kaya akan serat dan mampu dicerna dengan baik oleh tubuh. Serat tersebut juga sekaligus membersihkan organ pencernaan dengan membuang racun dan bahan-bahan yang tak diperlukan tubuh.

5. Merawat gigi – Kismis mengandung oleanolic acid yang mampu melindungi gigi dari keropos dan kerosakan. Selain itu, zat tersebut juga mencegah bakteria berkembang di dalam mulut, di mana bakteria tersebut umumnya menyebabkan bau mulut busuk.

6. Membantu meredakan sembelit – Problem sembelit biasanya dialami kerana tubuh kurang serat. Sedangkan kismis sendiri adalah buah kering yang kaya serat, sehingga efektif membantu mengatasi sembelit dan melancarkan pencernaan.

7. Mengatasi anemia – Kerana kandungan zat besi dan vitamin B kompleksnya cukup lengkap, maka kismis dapat membantu meningkatkan jumlah darah di dalam tubuh. Sehingga tubuh tidak sampai mengalami anemia.

8. Mencegah kanser – Adalah polyphenolic, zat antioksidan yang terkandung di dalam kismis, dan bekerja seperti katekin yang memerangi radikal bebas penyebab kanser. Kismis terutama dapat membantu mencegah kanser usus yang kerap mengancam lewat pencernaan.

Nota Puteri: Amalakan memakan kismis 7 biji sehari diserta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan doa. In Shaa Allah akan di berikan tubuh badan yang sihat dan minda yang cergas.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Khasiat Kismis Untuk Kesihatan Dan Kecantikan”

  1. kucinghitam says:

    mmg suka makan kismis sedap sgt2
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  2. VIMAX2U says:

    suka makan kismis sebab sedap kot
    VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  3. Yana Sakura says:

    wahh..pasni nak makan kurma ngn kismis byk2 la..hikhik..tapi yana mmg suka mkn kurma pn..hehe
    Yana Sakura recently posted…Pencarian Bloglist Sempena Kemerdekaan by Mrs MahadiMy Profile

  4. vcore says:

    makan kismis bnyak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge