Subhanallah! Inilah Khasiat Dan Kelebihan Air Zam-Zam

khasiat-air-zam-zam.jpg

Subhanallah! Inilah Khasiat Dan Kelebihan Air Zam-Zam Yang Mungkin Kita Tidak Tahu | Selalunya apabila kita mengunjungi rakan atau saudara yang baru balik buat haji dari Mekah. Air zam-zam yang akan dihidangkan bersama buah-buahan seperti kurma, kismis, kacang cerdik dan lain-lain serta pemberian tasbih sebagai hadiah. Yang penting kita dapat merasakan keenakan air zam zam dari Mekah. Namun, sebenarnya air yang satu ini punya khasiat yang tidak kita temui dalam air lainnya.

Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah pernah ditanya;

“Apakah ada hadith shahih yang menjelaskan mengenai khasiat dan kelebihan air zam-zam?”

Beliau menjawab;

“Telah terdapat beberapa hadith shahih yang menjelaskan mengenai kemuliaan air zam-zam dan keberkatannya.
Dalam sebuah hadith shahih, Nabi Muhammad SAW menyebut air zam-zam;

“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkahi, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”
Ditambahkan dalam riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW mengatakan,

Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).

Hadith-hadith di atas menunjukkan khasiat air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh ula menjadi ubat penyakit. Air tersebut juga adalah air yang penuh keberkatan.

Termasuk sunnah adalah meminum beberapa dari air tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW kerana di dalam air tersebut terdapat keberkatan. Air tersebut boleh menjadi makanan yang baik dan makanan yang diberkati. Air tersebut disyari’atkan untuk dinikmati jika memang mudah didapatkan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Hadith-hadith tadi sekali lagi menunjukkan pada kita mengenai khasiat dan keberkatannya sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Air itu boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat penyakit. Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya.

Subhanallah! Inilah Khasiat Dan Kelebihan Air Zam Zam Yang Mungkin Kita Tidak Tahu. Air zam-zam yang akan dihidangkan bersama buah-buahan seperti kurma

Khasiat Dan Kelebihan Air Zam-Zam

Pengarang kitab al-’Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zam zam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu sembuh. Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata:

“Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan tercapai.”

Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zam zam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr:

“Siapakah yang memberi saudara makan?”

Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zam zam.

“Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus.”

Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zam zam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda:

“Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat.”

Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.

Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata:

“Apabila mengerjakan haji, saya minum air zam zam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.”

Adab Minum Air Zam-Zam

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zam zam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya:

“Tuan datang daripada mana?”.

Lelaki itu menjawab ringkas:

“Saya baru lepas minum air zamzam.”

Saya bertanyakah perkara ini:

“Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?.”

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata:

“Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan.”

Wallahu’alam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Subhanallah! Inilah Khasiat Dan Kelebihan Air Zam-Zam”

  1. kucinghitam says:

    thanks for the info lepas ni nak pesan kat mak la bawa balik air zam2 banyak2 hehe
    kucinghitam recently posted…GADIS GILA SEKS TIPU KELUARGAMy Profile

  2. Rina says:

    Alhamdulillah pernah minamum air zam-zam, rasanya sedikit berbeda dengan air biasa
    Semoga Allah SWT selalu menjaga kesucian dan sumber air zamzam untuk umat2nya…
    Rina recently posted…PHP Script To Display RSS Feed / Sitemap From Other Website To Your WebpageMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge