Ketahui Gaya Rambut Ikut Bentuk Muka Anda

hairweird4.jpg

Ketahui Gaya Rambut Ikut Bentuk Muka Anda

Ketahui Gaya Rambut Ikut Bentuk Muka Anda | Untuk mengayakan rambut, anda perlu tahu gaya mana yang paling sesuai dengan bentuk muka anda. Puteri ingin berkongsi sedikit tips untuk semua iaitu Ketahui Gaya Rambut Ikut Bentuk Muka Anda

Ketahui Gaya Rambut Ikut Bentuk Muka Anda

Bentuk wajah segi empat atau kotak

Ini dapat dilihat menerusi dahi yang lebar, tulang pipi dan rahang seimbang sehing-ga terbentuk seperti kotak atau persegi. Pilih potongan rambut yang lembut dan agak bergelombang untuk menutupi bahagian dagu.

Elak potongan gaya geometri kecuali jika memang sengaja ingin menonjolkan kekuatan rahang. Hindari belahan rambut di tengah serta potongan rambut kaku.

Elak menyelit-kan rambut di belakang telinga.

 Ketahui Gaya Rambut Ikut Bentuk Muka Anda

 Bentuk wajah panjang

Elak pemotongan rambut terlalu nipis terutama pada bahagian sisi kepala kerana ia memanjangkan lagi wajah anda. Seimbangkan wajah dengan potongan rambut yang menyatu di kedua-dua bahagian.

Heart-L_A1

Bentuk wajah hati

Ciri-ciri bentuk wajah ini adalah dahi lebar, tulang pipi tinggi serta bentuk dagu meruncing. Elakkan panjang rambut paras dagu kerana akan membuat wajah kelihatan semakin runcing ke bawah. Pilih pelbagai poto-ngan yang membuat bahagian rahang penuh. Beri kesan kerinting pada bahagian hujung rambut.

Round-L_A11Bentuk wajah bulat

Pilih potongan rambut yang lembut, berpering-kat atau gaya bob bertingkat untuk memberi kesan panjang dan ramping. Pada potongan rambut pendek, usahakan untuk menutupi bahagian pipi yang bulat. Boleh juga membuat potongan bertingkat bagi menutupi sisi wajah. Elakkan potongan terlalu pendek yang akan membuatkan wajah semakin bulat dan lebar.

faceshape-triangle

Bentuk wajah segi tiga

Pilih potongan rambut ring-kas dengan bahagian rahang yang penuh. Potongan rambut kerinting atau bergelombang dapat menjadi alternatif bagi wajah segi tiga.

Oval-L_A11

Bentuk wajah bujur

Bentuk wajah ini adalah paling ideal dan sesuai untuk semua potongan sama ada panjang atau pendek. Namun elakkan belahan rambut di tengah apabila anda memiliki bentuk hidung besar. Untuk menyeimbangkan bentuk wajah, cuba potongan bertingkat yang dimulai daripada tulang pipi.

 

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Ketahui Gaya Rambut Ikut Bentuk Muka Anda”

  1. anuar says:

    Informasi yg menarik puteri. .. terima kasih di atas perkongsian info. .
    anuar recently posted…DVD Bengkel Simple Tapi Power (STP)…My Profile

  2. Daxx says:

    Lepas ni nak tengok cermin sat bentuk apa. Selama ni tak pernah fikir pun bentuk muka. wakaakkaka
    Daxx recently posted…8 Rawatan Kecantikan Pelik Dan UnikMy Profile

  3. Yana Sakura says:

    Good info puteri =)
    Nie bole bukak saloon nie ..ekeke ^__^
    Yana Sakura recently posted…Kebesaran Al- QuranMy Profile

  4. vcore says:

    nice info……

  5. nizam says:

    kalau llaki plak mcm na??

  6. amir zahari says:

    Lelaki baik segi empat, bujur sirih,bulat lonjong, botak pun nampak hensem…kekekekeh..
    amir zahari recently posted…Izinkan Saya Berzina Dengan Anak PakcikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge