Ketahui Cara Wanita Yang Sarat Mengandung Solat

Ketahui-Cara-Wanita-Yang-Sarat-Mengandung-Solat.jpg

Ketahui Cara Wanita Yang Sarat Mengandung Solat

Ketahui Cara Wanita Yang Sarat Mengandung Solat | Assalamualaikum w.r.t kepada semua para ibu dan bakal  ibu yang tak lama lagi. Artikel kali ini lebih menumpukan kepada ibu-ibu yang sarat mengandung. Kepada para suami dan bakal suami pun boleh juga nak baca, untuk menambah pengetahuan. Jadi ilmu yang diperoleh ini boleh lah disampaikan kepada isteri anda, keluarga dan rakan-rakan.

Untuk wanita sarat hamil, bergantung kepada keupayaan dan kekuatan dirinya. Jika mampu berdiri, lakukan seperti biasa. Jika tidak mampu berdiri, duduk. Namun tetap masih terikat pada takbiratul ihram mesti berdiri.

Rukun solat yang Kedua. Rukun sembahyang yang ke dua berdiri betul pada sembahyang fardu bagi yang kuasa berdiri dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain.

  • Wajib berdiri pada sekelian sembahyang fardu iaitu sembahyang fardu lima waktu, sembahyang nazar, sembahyang fardu kifayah seperti sembahyang mayat, atau sembahyang yang ada rupa fardu seperti sembahyang fardu yang diulang (sembahyang muadah) dan sembahyang fardu kanak-kanak.
  • Wajib berdiri atas mereka yang kuasa berdiri dengan sendiri sama ada kuasa berdiri sendiri dengan tidak berhajat kepada suatu atau berdiri dengan berhajat pada suatu seperti bersandar kepada umpama dinding.
  • Wajib berdiri atas mereka yang boleh berdiri dengan bantuan orang lain sama ada dengan upah atau tidak. dan wajib memberi upah untuk berdiri atas mereka yang ada belanja yang lebih pada harinya dan malamnya. Begitu juga wajib memberi upah untuk bangkit dari rukuk dan sujud.
  • Sungguh mendukacitakan pada masa sekarang ramai yang sembahyang duduk diatas kerusi pada hal mereka boleh berjalan dan angkut kerusi ke masjid tetapi apabila sembahyang fardu mereka akan duduk diatas kerusi, apabila ditanya kenapa sembahyang duduk? mereka akan menjawab tak kuasa berdiri.
  • Apabila seseorang itu berdiri dan dia tidak boleh rukuk dan sujud dengan sebab penyakit umpamanya dan sekiranya dia sembahyang duduk dia dapat menyempurnakan rukuk dan sujudnya maka dia wajib berdiri dan isyarat pada rukuk dan sujudnya. Orang ini tidak boleh duduk didalam sembahyang fardunya atas alasan hendak menyempurnakan rukuk dan sujud.

Nota Puteri: Wallahualam. Perbetulkan jika ada yang silap ya.. Puteri kongsikan artikel ini, in shaa Allah semoga dapat membantu kita dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. In shaa Allah.

Wasallam.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Ketahui Cara Wanita Yang Sarat Mengandung Solat”

  1. ISLAM ITU INDAH.. Org yg mengandung pun da cara tersendiri..

    Satu lg yg saya dapat dari entry nie, SOLAT ITU PENTING. Walau dalam keadaan apa pun, solat mesti ditunaikan. tiada alasan sebab islam sendiri telah memberi kelonggaran untuk golongan2 yg kurang upaya termasuk ibu2 mengandung…
    Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

  2. kucinghitam says:

    selagi berdaya selagi tu la jangan tinggalkan solat

  3. Abdul Hafiz says:

    Bolehlah share artikel ini untuk bakal rusuk kiriku nanti. 🙂
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge