Ketahui Apa Itu CCRIS

ccris.jpg

Ketahui Apa Itu CCRIS | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan. Seperti yang kita semua ketahui sekarang ni kecoh tentang isu PTPTN yang mana nama-nama peminjam PTPTN akan dimasukkan dalam CCRIS. Tapi tahukah kita apakah itu CCRIS? Kalau tak tahu Dr Fuh nak share sedikit informasi berkenaan dengan CCRIS ni.

Ketahui Apa Itu CCRIS

Maksud CCRIS

Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat adalah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.

Laporan Ringkas Kredit terdapat 3 pecahan iaitu yang pertama menyatakan permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank. Pecahan kedua pula menyatakan liabiliti semasa yang ditanggung yang meliputi jumlah baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan tidak kira sebagai peminjam dan penjamin. Pecahan terakhir pula menyatakan sekiranya ada tindakan undang-undang yang dikenakan. – CariGold

Proses CCRIS

Setiap institusi kewangan di Malaysia akan menghantar laporan bulanan kesemua peminjam mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia. CCRIS  adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan.

Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.

Laporan CCRIS adalah tentang jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan).

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Biasanya, institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman.

Sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya Debt Service Ratio berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu. – Aku Dan Sesuatu

Dr Fuh – Kalau dah nama kita dimasukkan dalam CCRIS ni silalah bayar mengikut flow yang ditetapkan ye, kalau pembayaran tak smooth komfem susah nak buat loan dan mungkin nama anda akan disenaraikan dalam CTOS. CTOS tu apa? Hmm..nanti lah Dr Fuh share.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Ketahui Apa Itu CCRIS”

  1. akhirnya. malaysia amik langkah macam US.. amerika dah facing debt student loan. dan mereka sedang pening kepala otak pikir. tapi takpe, US main print je duit. Malaysia? are we next greece?
    Carlos Santiago recently posted…BAN Hobi – Rapunzel! Dreadlock Yang Super Sunsilk Syampoo!My Profile

  2. onlajer says:

    beli cash jela kalau tak boleh pinjam, tak gitu hehe
    onlajer recently posted…Renjatan Elektrik DiTroliMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge