Ketahui 18 Sebab Jin Merasuk Manusia

Picture-1941.jpg

Ketahui 18 Sebab Jin Merasuk Manusia

Ketahui 18 Sebab Jin Merasuk Manusia | Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,? tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat, katanya. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Nota Puteri: Selalulah mengamalkan Ayat Kursi sebelum tidur dan sebelum keluar rumah, jadikan amalan sebagai pendinding diri dari syaiton nirrajim.  Wallahualam.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

12 thoughts on “Ketahui 18 Sebab Jin Merasuk Manusia”

  1. Bintang says:

    EMm. No 13 tu saya xsetuju.. apasal nak kaitankan salib dalam perkara ni?? NONSENSE.. all this is nonsense.. pretend and think that only ur religion is correct!

    1. Anonymous says:

      of course, our religion, Islam is the correct way of living, your religion duplicate ours, you should know that at least,

    2. VIMAX2U says:

      lol ini sri sisi islam kenapa nak mempersoalkan
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  2. azman says:

    jangan marah ‘Bintang August’ ni perspektif agama islam. agama you pun tentu ada caranya kan ??

    1. VIMAX2U says:

      yup kena la paham tajuk tu betul2 kalo yer pun nak marah
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  3. VIMAX2U says:

    gambar hanjing pun xlerh niekan pulak yang membela anjing tue xtau la
    VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

    1. purnama says:

      kalau ader anjin di rumah org islam Malaikat Rahmat x akan masuk….tapi malaikat Maut tetap dtg bila ajal suda sampai…

  4. vcore says:

    nice share….

  5. cik Ain says:

    kene banyak istighfar, berselawat, dan sentiasa amalkan zikir2…
    InsyaAllah, semua boleh dielakkan… Malah dapat pahala lagi.. ;D

  6. mohd zailani b. ab. jalil says:

    J

  7. Adam says:

    sungguh berguna untuk renungan dan pengetahuan kita sebagai umat Islam. Bagi yang bukan beragama Islam pun boleh gunakan sebagai pengetahuan. kan ada kawan2 yang beragama Islam, dapat juga beri pahala jika sharekan pada mereka sebagai ingatan. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge