Kesan Dan Bahaya Kasut Tumit Tinggi

kesan-bahaya-kasut-tumit-tinggi.jpg

Kesan Dan Bahaya Kasut Tumit Tinggi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pembaca yang dikasihi dan dihormati. Kasut tumit tinggi dan wanita boleh dikatakan sangat sinonim walaupun kebanyakan dari mereka sudah mengetahui tentang bahaya penggunaan kasut tumit tinggi secara kerap. Mungkin mereka ini kurang pendedahan tentang kesan dan bahaya kasut tumit tinggi ini yang dikatakan sangat merbahaya untuk jangka masa panjang. Jadi pada hari ini Dr Fuh nak kongsikan dengan pembaca semua tentang kesan dan bahaya kasut tumit tinggi. Semoga artikel ini memberikan manfaat dan kesedaran kepada semua pembaca.

Wanita mana yang tidak mahu kelihatan bergaya apabila berhadapan orang ramai. Berpenampilan menarik dengan pakaian cantik, beg tangan mahal, solekan di wajah dan berkasut tumit tinggi.

Sebahagian wanita berpendapat, dengan menyarungkan kasut tinggi memberi lebih keyakinan terhadap diri. Apatah lagi pekerjaan yang memerlukan mereka bertemu orang ramai.

Ada juga yang menganggap memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan diri mereka kelihatan seksi, malah tidak kurang juga yang mengatakan memakai kasut tumit tinggi membuatkan mereka lebih menawan serta anggun.

Meskipun pelbagai andaian dilontarkan, namun ada segelintir wanita yang tidak tahu kesan negatif pemakaian kasut tumit tinggi terhadap diri mereka terutama membabitkan tulang.

Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai masalah disebabkan kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit tiga inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

Perunding Ortopedik Hospital Pantai Cheras, Dr Khairul Faizi Mohammad, berkata, wanita sebaiknya digalakkan memakai kasut bertapak rata (flat) berbanding memakai kasut bertumit tinggi.

“Jika wanita mahu juga memakai kasut tumit tinggi, dinasihatkan tidak lebih daripada dua sentimeter atau kurang. Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok.

“Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurutnya, semakin berusia seseorang wanita, saiz serta tapak kaki juga semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis. Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancar.

“Bayangkan, waktu kerja saja memakan masa lapan jam atau lebih sehari. Kaki terpaksa bekerja keras untuk berjalan tanpa henti ditambah menampung berat badan si pemakai.

“Tekanan berat badan pada hujung kaki juga akan menyebabkan jari ketiga dan keempat menjadi sempit seterusnya menyebabkan kesakitan pada saraf.

Keadaan itu juga akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan betul kerana tersekat lalu menyebabkan kesakitan,” katanya.

Selain itu, masalah yang sering dihidapi mereka yang gemar berkasut tumit tinggi ialah bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua lalu menyebabkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki.

“Ini akan menyebabkan rasa tidak selesa timbul terutama ketika memakai kasut yang bertutup di bahagian hadapan dan runcing sehinggakan ada kes memerlukan pembedahan, bergantung kepada tahapnya.

“Kita faham ramai wanita hari ini yang berkerjaya dan mementingkan imej. Tapi perlu diingat juga aspek kesihatan. Jika kerja bagus tapi kaki sudah sakit tiada guna juga,” katanya.

Tambahnya, pemilihan saiz kasut yang tepat juga penting bagi mengelakkan memberi tekanan terhadap kaki. Selain bahagian kaki, masalah serius yang dihidapi oleh si pemakai kasut bertumit tinggi yang tegar ialah sakit bahagian tulang belakang. Pemakaian kasut tumit tinggi akan menyebabkan pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.

“Bentuk kasut lelaki dan perempuan adalah berbeza. Lelaki lebar di bahagian hadapan manakala wanita pula kecil dan lebih tirus di bahagian sama. Keadaan itu akan menyebabkan jari kaki bengkok (claw hammer) dan ia akan kekal.

“Semakin tinggi tumit kasut seorang wanita, semakin teruk kesan yang akan dihidapi. Kasut tumit tinggi turut menyebabkan kesakitan akibat saraf bengkak atau menebal pada bola kaki yang digelar morton’s neuroma dan pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund),” katanya.

Berkasut tumit tinggi dalam tempoh lama juga akan menyebabkan tendon achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.

Memakai kasut tumit tinggi juga boleh mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoporosis.

Beliau turut menjelaskan, jika seseorang wanita mahu memakai kasut tinggi, sebaiknya hanya pakai untuk tempoh beberapa jam saja dan untuk majlis tertentu.

“Lumrah wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik dan anggun setiap masa. Namun jangan pula hingga membawa padah pada diri sendiri. Sarungkan kasut tumit tinggi anda untuk majlis tertentu seperti makan malam atau korporat.

“Untuk tujuan kerja, adalah dinasihatkan supaya memakai kasut yang bertapak rata. Jangan memberi tekanan kepada kaki anda kerana ia akan digunakan untuk tempoh lama,” katanya.

Bahaya kasut tumit tinggi

  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Pergelangan kaki mudah terseliuh.
  • Sukar mengimbang berat badan.
  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
  • Peredaran darah terganggu.
  • Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.
  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.

Harian Metro

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “Kesan Dan Bahaya Kasut Tumit Tinggi”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh,

    Bahaya guna kasut tumit tinggi nie… kalau kaum hawa tahu mesti diaorang tak nak guna kan?

    mselim3
    mselim3 recently posted…Kisah Isteri Khalifah Abbasiyah Harun ar-Rasyid – Zubaidah binti Ja’farMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge