Kes Jenayah – Pengantin Baru Maut Ditetak Di Johor Bahru

kes-jenayah-tetak-sampai-mati.jpg

Kes Jenayah – Pengantin Baru Maut Ditetak Di Johor Bahru | Mashaa Allah. Risau sungguh Dr Fuh baca berita. Hari-hari ada sahaja kes jenayah melibatkan pembunuhan. Semalam seorang guru maut ditembak di hadapan sekolah, ni baru Dr Fuh baca pagi tadi sepasang pengantin baru ditetak yang mana salah seorang daripada mereka meninggal dunia ditempat kejadian. Nauzubilllah. Mintak simpang perkara ini terjadi kepada kita dan keluarga kita. Ikuti laporan penuh dari akhbar Sinar Harian

JOHOR BAHRU – Seorang buruh binaan maut, manakala isterinya dikejarkan ke hospital selepas mereka diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Taman Ungku Tun Aminah di sini, semalam.

Surianto, 35, seorang warga Indonesia, ditetak beberapa kali sementara isterinya, Buchi, 34, cedera ketika cuba membantunya.

Mereka baru berkahwin empat bulan lalu.

Teman serumah mangsa, Sunandi, 39, memberitahu, serangan itu berlaku sekitar jam 5.45 pagi di dalam bilik sewa pasangan terbabit di sebuah rumah kedai di Taman Damai Jaya, dekat sini.

“Kami tinggal di tingkat atas rumah kedai. Waktu itu, Buchi dan saya mahu ke tempat kerja. Kami melihat tiga lelaki duduk dekat pokok di depan pintu keluar.

“Sebaik saja kami buka pintu pagar, kumpulan lelaki itu berlari ke tingkas atas. Surianto ada di atas.

“Selepas itu kami terdengar jeritan Surianto. Buchi lari ke atas untuk menolong suaminya,” katanya.

Sunandi berkata, beberapa minit kemudian, kumpulan lelaki terbabit lari meninggalkan Surianto dan Buchi.

“Ketika pihak berkuasa tiba, Surianto telah meninggal dunia dan Buchi dibawa ke hospital (Hospital Sultanah Aminah). Saya sendiri tidak tahu mengapa Surianto diserang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, polis sedang menyiasat motifnya.

“Kami mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu menghubungi polis di talian 07-2212999 atau pergi ke balai berhampiran. – Sinar Harian

Dr Fuh – Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau lindungilah kami dan keluarga kami dari sebarang malapetaka dan juga musibah. Engkau berikanlah keamanan kepada negara kami negara Malaysia. Engkau berikanlah petunjuk kepada penjenayah-penjenayah agar mereka mengisafi perbuatan mereka. Ami Ya Rabbal Al-Amin.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Kes Jenayah – Pengantin Baru Maut Ditetak Di Johor Bahru”

  1. lina says:

    ngerii
    lina recently posted…RamadanMy Profile

  2. Hafizul says:

    Emm mintak jauh lah menda mcm ni berlaku dalam hidup saya..emmm

  3. sekarang ni kes bunuh je..tak tetak..tembak..
    blackrosehunter recently posted…10 Negara Paling Bahagia di DuniaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge