Kronologi Kes-Kes Buli Paling Terkenal Di Malaysia

kes-buli.jpg

Kronologi Kes-Kes Buli Paling Terkenal Di Malaysia | Kes buli atau lebih dikenali sebagai ragging merupakan satu aktiviti tidak bermoral yang sering dilakukan oleh pelajar terutama pelajar senior. Kes seperti ini bukanlah satu perkara yang baru kerana sudah menjadi lumrah apabila pelajar baru masuk ke sekolah atau universiti, pelajar senior akan memainkan ‘peranan’ mereka. Namun tahukah anda, bahawa pada tahun 1989 terdapat kes buli yang dianggap paling panas di Malaysia. Benarkah?

Peloncolan” ialah suatu perkataan asing pada hari ini. Pada 1980-an, “peloncolan” sering digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan Inggeris, ragging. Di Malaysia, ragging bukanlah suatu perkataan asing walaupun kepada seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua pelajar (atau bekas pelajar) tahu tentang apa itu ragging. Terjemahan ragging yang sedang popular pada hari ini ialah “buli”, tapi mungkin masih ada lagi sesetengah orang yang lebih selesa menterjemahkannya sebagai “mendera”.

Kes Buli 1989

kes buli di malaysia

Kes Buli yang paling terkenal di Malaysia – walaupun mungkin telah lama dilupakan – berlaku pada Julai 1989. Akhbar New Straits Times (NST / 13.7.1989) menyifatkan kes buli tersebut sebagai “barbaric” (sangat kejam) dan “sadistic” (penyeksaan untuk mendapat keseronokan). Kes itu melibatkan 6 orang pelajar lelaki tahun akhir atau “senior” dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM di Selangor) yang mendera 6 orang pelajar lelaki junior atau “freshie” dari universiti yang sama. Kejadian berlaku di rumah sewa para pelajar senior itu yang terletak di Sri Serdang, 2km dari kampus UPM.

Penderaan yang dilakukan dalam kes buli terkenal di UPM itu ialah:

  • Menampar freshies.
  • Memaksa freshies menari dalam keadaan bogel.
  • Mengikat zakar setiap freshie dengan tali yang disambungkan kepada kipas siling. Apabila kipas dihidupkan, setiap freshie terpaksa berlari mengikut pusingan kipas akibat zakar mereka yang sedang terikat.

Setelah mendapat aduan mengenai penderaan yang gila tersebut, lembaga disiplin UPM telah bersidang pada 12 Julai 1989 selama 5 jam dan mereka akhirnya mendapati bahawa 5 orang pelajar senior yang dituduh mendera itu telah terbukti bersalah. Daripada 5 orang pelajar senior tersebut, 3 orang telah dibuang daripada universiti, manakala 2 orang lagi telah digantung pengajian selama 2 semester, semuanya berkuat kuasa serta merta. Seorang lagi pelajar senior yang dikatakan terlibat dalam kes itu telah dibebaskan daripada tuduhan dan dia diberi teguran setelah didapati sekadar menjadi pemerhati.

kes buli di malaysia

Kes Buli 1988

Lebih setahun sebelum kes buli di UPM itu, masyarakat terlebih dahulu digemparkan dengan kes buli yang melibatkan kematian seorang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Cheras, Kuala Lumpur. Kes buli di SMT Cheras itu berlaku pada 24 Mac 1988 (Khamis), melibatkan seorang pelajar lelaki “senior” tingkatan 5 bersama beberapa orang bekas pelajar lelaki atau “super senior” yang hadir ke sekolah itu untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Pelajar tingkatan 5 tersebut yang bernama Hishamuddin meninggal dunia akibat kerosakan organ dalaman badannya setelah dia dikatakan dibelasah oleh beberapa orang bekas pelajar di dalam tandas sekolah tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Setelah dibelasah, Hishamuddin meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pulang ke asrama atas alasan tidak sihat tanpa memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Pada pukul 7.30 malam hari yang sama, beberapa orang pelajar melaporkan kepada warden asrama bahawa Hishamuddin sedang dalam kesakitan. Atas arahan ketua warden, Hishamuddin dibawa ke hospital oleh warden asrama. Hanya beberapa ketika selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan, pada pukul 8.50 malam doktor mengesahkan bahawa Hishamuddin telah meninggal dunia. Pada mulanya, laporan kematian Hishamuddin yang dikeluarkan oleh pihak polis pada 25 Mac 1988 menyatakan bahawa dia mati akibat sakit di dalam perut. Hanya apabila bapa Hishamuddin membuat laporan kepada polis mengenai punca sebenar kematian anaknya, barulah kejadian itu bertukar menjadi kes jenayah.

kes buli di malaysia

Setelah disiasat, 2 orang bekas pelajar SMT Cheras telah didakwa menyebabkan kematian Hishamuddin. Perbicaraan kes itu berlarutan di mahkamah juvana sehingga awal 1990. Beberapa perkara telah terbongkar di sepanjang perbicaraan itu. Antaranya, mahkamah diberitahu mengenai wujudnya ‘upacara’ tradisi pemberian nama gelaran oleh para pelajar senior kepada para pelajar junior yang terpilih. Pelajar-pelajar yang diberi nama gelaran itu terpaksa menjalani ‘ujian’, antaranya melibatkan penderaan fizikal. Hishamuddin dikatakan telah terlibat dalam ‘upacara’ pemberian nama gelaran pada hari kejadian sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani ‘ujian’ yang menyakitkan.

kes buli di malaysia

Ex-school head not aware of initiation rites by boys

Seorang pelajar yang menjadi saksi memberitahu mahkamah apa yang dilihatnya ketika berada di dalam tandas sekolah pada waktu kejadian. Saksi itu yang baru keluar daripada salah sebuah jamban mendapati Hishamuddin sedang dikelilingi oleh sekumpulan pelajar di dalam tandas itu. Saksi itu juga mengakui melihat salah seorang daripada bekas pelajar yang didakwa itu telah memukul Hishamuddin. Saksi itu kemudiannya melihat seorang lagi pelajar lain melakukan “starlight” pada dahi Hishamuddin. Sebagai salah seorang pelajar yang telah menerima nama gelaran, saksi itu diarahkan untuk bersalaman dengan Hishamuddin sebelum dia keluar daripada tandas itu tanpa dapat mengetahui kesudahan kepada ‘ujian’ itu.

Kes Buli

Witness: I saw pupil being punched in toilet

Pada Julai 1989, atas arahan pihak pendakwa, pertuduhan dalam kes itu telah dipinda daripada ‘menyebabkan kematian’ kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu ‘menyebabkan kecederaan parah’. Salah seorang bekas pelajar yang didakwa itu telah dibebaskan daripada pertuduhan apabila dia mengaku bersalah dan membuat permohonan maaf secara umum di dalam mahkamah kepada keluarga Hishamuddin. Pada Januari 1990 seorang lagi bekas pelajar yang didakwa akhirnya turut dibebaskan daripada pertuduhan (alasan pembebasan: “the prosecution had failed to prove a prima facie case against the 19-year old”, “the prosecution had failed to prove the ingredients of the charge”). Kekurangan saksi yang meyakinkan ialah antara penyebab bekas pelajar yang didakwa itu tidak dapat dibuktikan bersalah.

Antara laporan NST berkaitan kes buli SMT Cheras:

  1. Two juveniles plead not guilty to killing student (13.7.1988)
  2. Death of pupil: Hearing fixed (7.12.1988)
  3. Ex-school head not aware of initiation rites by boys (26.4.1989)
  4. Delay cost student his life, says warden (27.4.1989)
  5. Witness: I saw pupil being punched in toilet (7.6.1989)
  6. Warden tells of clash in school (9.6.1989)
  7. Charge against boys reduced (6.7.1989)
  8. Boy freed after saying sorry to victim’s family (7.7.1989)
  9. Student freed of hurt charge (17.1.1990)

Nota tambahan:
Perkataan “peloncolan” seperti yang sering digunakan pada 1980-an untuk menterjemahkan “ragging” sebenarnya tidak wujud dalam Kamus Dewan. Perkataan yang sepatutnya ialah “memelonco” (yang berasal daripada perkataan Jawa, “pelonco”) yang membawa maksud “menguji dan menduga dengan keras (berkenaan maha­siswa baharu yang hendak masuk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa), mendera”.

Dipetik dari – MelayuKini
Sumber Asal – ArkibNegara

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

17 thoughts on “Kronologi Kes-Kes Buli Paling Terkenal Di Malaysia”

  1. sayidah says:

    tak berhati perut!
    sayidah recently posted…IT’S ALL ABOUT .. ROKOK !My Profile

  2. fyna says:

    pergghh… kejam. teringat masa fyna sekolah dulu. ada gak kes buli dengan senior. tapi bukan fyna lah. kawan fyna. sebab dia takut kot dengan senior tue. kalau fyna nih, susah diorang nak buli. fyna tak makan saman. hehehe..
    fyna recently posted…Cute Baby Strap Sandals Untuk Si Comel AndaMy Profile

    1. fuhdotmy says:

      tu la, kadang2 kita tak boleh takut sgt dgn org, nnt dipijaknya kepala kita..tapi rasanya kes buli sekarang lagi kejam

  3. aku dpt budak budak ni aku sekeh-sekeh sorang sorang… mak pak hantar sekolah suruh belajar nak jadik gangster lak grrr

  4. DR. CINTA says:

    XBAEK SUNGGUH DIORG NIE………..MENSUSAH KAN ORG JE TAHU……..KAN BAGUS DARI KECIL DH MAMPUS DIORG TUH…XDE LH KECOH SNGT KES BULI NIE..HEHEHEHE JOKE JOKE JOKE

  5. Adakah ini semua pengaruh media media masa atau apa?

  6. memang dah jadi gangsater kecik2 lagi dah buli

  7. aku teka ni sume pengaruh citer citer overseas ni

  8. aku rasa klw mcm ni derang ni kena masuk sekolah mcm sekolah juvana tu

  9. harap harap anak anak kita jgn la jadi pembuli atw mangsa buli

  10. amboi kemaheng panjang lak aku komen komen hu hu hu

  11. paling takut klw yg membuli tu beramai2 dan yg kena buli tu sorang dan x layak dgn derang yg membuli

  12. so cara nak elak kena buli jgn jalan sorang2 belajar takewando

  13. kat setiap sekolah kena ada alat yg kesan senjata yg di sorok dlm baju atau bag

  14. azwan says:

    dulu-dulu tak ada media sosial atau pun handphone berkamera. so lambat lah sikit kes-kes ni nak muncul
    azwan recently posted…Ibu Kanak-Kanak Lemas Dalam Kereta Patut Di Hukum?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge