Kerja Gila! Potong Kaki Sendiri Kerana Malas Bekerja

kari-ngeri-potong-kaki.jpg

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog yang dikasihi. Rasanya belum terlambat Dr Fuh nak ucapkan selamat hari raya kepada semua. Dr Fuh mohon berjuta kemaafan andai selama menulis dan berkongsi artikel di laman ini menimbulkan rasa kurang selesa korang semua. Al-maklum lah Dr Fuh juga insin biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.

Hari ni Dr Fuh nak kongsikan satu artikel yang agak gila dimana seorang lelaki sanggup memotong kaki sendiri semata-mata kerana malas bekerja kerana di Austria kalau tak kerja dapat. Jom kita baca artikel penuh dibawah ini.

Kerja Gila! Potong Kaki Sendiri Kerana Malas Bekerja

(Austria): Seorang lelaki yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh bekerja walaupun kakinya kudung.

Hans Url, 56, yang sudah tidak bekerja dalam tempoh lama diberitahu bantuan diberikan kepadanya akan dihentikan jika dia tidak menerima tawaran kerja yang diberikan oleh kakitangan pusat pekerjaan.

Dan apabila dakwaannya menyatakan dia terlalu sakit dan tidak gemarkan pekerjaan ditawarkan itu diganti dengan tawaran perubatan, dia mengambil langkah drastik. Url dari Mitterlabill, selatan Austria, mengambil mesin gergaji dan memotong kakinya – sebelum mencampakkannya ke dalam ketuhar bagi memastikan tiada pakar bedah dapat menyambungkannya semula.

Bagaimanapun, kakitangan pusat pekerjaan memusnahkan rancangan Url itu apabila mereka memberitahu kecacatan dialaminya itu tidak mengecualikan dia untuk tidak bekerja. Jurucakap polis Franz Fasching berkata: “Rancangan Url memang licik. Dia menunggu hingga isteri serta anak lelakinya keluar dan hanya dia bersendirian di rumah.

“Dia kemudian memetik suis mesin gergaji itu dan memotong kaki kirinya di atas paras buku lali – mencampakkannya ke dalam api, supaya ia tidak boleh disambung semula sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan. “Dia kemudian mengesot ke garaj di mana dia menghubungi petugas kecemasan dan menunggu mereka tiba.” Polis memberitahu Url hampir mati akibat kehilangan banyak darah sebelum petugas paramedik tiba di kediamannya. Mereka turut menemui kakinya yang dipotong di dalam ketuhar.

Dr Fuh – Haa. Kepada yang malas-malas nak bekerja tu cubalah buat benda bangang ni. Bukan kata dapat elaun menganggur, sakit dapat, cemuhan pon dapat. Silap-silap boleh dah korek kubur sendiri siap-siap.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Kerja Gila! Potong Kaki Sendiri Kerana Malas Bekerja”

  1. amir zahari says:

    tahniah la untuk kebodohan yang amat.. bengong ade gak manusia macamni.. yg ngeri ngan hati kering tu sanggup kerat mcmtu je..
    amir zahari recently posted…Usain Bolt Ke Garisan Penamat Disertai Dengan Sang KilatMy Profile

  2. luther says:

    dah tua2 pun otak mcm belacan… mmg belacan gilerrr org tua ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge