Kerana Terlalu Gemuk Lelaki Ini Tak Dibenarkan Naik Kapal Terbang

gemuk.jpg

Kerana Terlalu Gemuk Lelaki Ini Tak Dibenarkan Naik Kapal Terbang | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Masalah kegemukan sebenarnya memberi pelbagai halangan termasukah halangan untuk menaiki kapal terbang. Tak percaya? Jom baca artikel ni!

NEW YORK – Hasrat seorang pemuda ingin menaiki penerbangan untuk pulang ke Perancis akhirnya tercapai selepas beberapa kali terhalang. Kevin Chenais akhirnya mendapat tiket penerbangan menuju ke London selepas beberapa syarikat penerbangan mendakwa dia terlalu gemuk untuk menaiki pesawat.

Kerana Terlalu Gemuk Lelaki Ini Tak Dibenarkan Naik Kapal Terbang. Hasrat seorang pemuda ingin menaiki penerbangan untuk pulang ke Perancis

Chenais dan keluarganya ingin pulang ke negara asalnya selepas berada di Amerika Syarikat (AS) sejak Mei tahun lalu untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah hormon tidak seimbang.

Sebelum ini, syarikat penerbangan British Airways menyatakan, lelaki berusia 22 tahun dengan berat badan 230 kilogram (kg) itu terlalu gemuk untuk terbang. Mereka pada mulanya ini menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Chicago tetapi gagal untuk mendapatkan tiket penerbangan.

Keluarga itu kemudian menghabiskan masa selama seminggu tinggal di hotel sehingga mereka kehabisan wang sebelum membuat keputusan untuk menaiki kapal pelayaran Queen Mary sebagai pilihan alternatif pulang ke Perancis.

Namun menurut abangnya, pihak pengurusan Queen Mary juga tidak membenarkan Chenais menaiki kapal mereka kerana faktor keselamatan. – AFP

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge