Kerana Rasa Bersalah Biasakan Anak Degan Gadget Hingga Mengidap Penyakit, Sis Ini Sanggup Quit PhD

bahaya-gajet.jpg

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tadi Dr Fuh terbaca satu artikel yang agak menarik dan sangat penting buat ibubapa alaf baru diluar sana. MemandangkanDr Fuh juga merupakan salah seorang bapa, maka dengan gigihnya Dr Fuh pon baca lah artikel ni.

Setelah membaca pengalaman dan perkongsian dari artikel ni baru Dr Fuh sedar yang Dr Fuh dah banyak melakukan kesilapan dalam mendidik anak Dr Fuh. Dan Dr Fuh percaya, ramai lagi ibu bapa diluar sana yang sama seperti Dr Fuh. Jadi Dr Fuh kongsikan artikel ini untuk renungan dan panduan para Ibu Bapa diluar sana.

Benda ni saya tak pernah lagi cerita online, kat blog, FB, atau kat mana-mana penulisan saya.

Tapi saya selalu share dalam talk yang saya hadiri.
Bukan nak simpan rahsia ke apa.

Cuma bila nak cerita pasal benda-benda bodoh yang kita pernah buat dulu,
saya prefer cerita direct depan muka, supaya orang lebih faham mesej yang saya nak sampaikan.

Kalau dalam bentuk penulisan, orang lebih mudah menghukum, misinterpret dan nampak yang negatif berbanding yang positif.
-____-

So bismillahirrahim, begini kisahnya.

Ini anak saya, Haikal (gambar).

Masa Haikal kecik, dalam tahun 2012—2013, saya tengah dalam pengajian di peringkat PhD.

So faham-faham je la busy dia cemana.

Kita pulak masa tu muda lagi, tak banyak ilmu.
Fikir nak senang, nak seronok je.

Dan tetiba ditakdirkan pulak saya menang satu contest (tak ingat contest apa),
dan hadiahnya ialah ipad.
Yeayyyyy!!
Welcome to gadjet addiction! ;D

Dan sebagai ibu yang sangat mencintai anaknya, maka saya hadiahkan lah ipad itu kepada Haikal.

Siap wallpaper, screen saver, semuaaaa muka dia. -___-
Padahal masa tu umur Haikal baru setahun lebih.

Dan saya yang “educated lah sangat” ni pun mula lah download segala “educational video” dalam ipad tersebut.

Phonics songs lah, nursery rhymes lah, upin ipin lah, superwhy lah, etc.

Saya selalu jugak ditegur oleh kawan-kawan yang ambil jurusan psikologi.
Diorang kata gajet ni tak bagus untuk anak-anak bawah 12 tahun.

Tapi dengan angkuhnya, saya beri alasan seperti yang selalu digunakan oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana, “Anak saya behave bila ada gajet. Gajet memudahkan kerja saya. Gajet membantu perkembangan anak saya. Terima kasih gajet!”

Walaupun hakikatnya, BULLSH*T!

Dan alhamdulillah, dengan gajet jugak, saya boleh tumpukan kepada pengajian PhD saya. Sementara anak berkawan dengan gajet. ;D
Dan beberapa bulan juga berlarutan begitu.

Gajet Gajet Gajet.

Sampailah saya mula perasan sesuatu yang tak kena dengan behaviour haikal.
Tantrum dia lain macam, cara dia menangis lain, semua lain.

And luckily, saya ibu yang agak observant.

So saya pun bawa Haikal pergi jumpa child psychiatrist, dan guess what, Haikal was suspected as autistic.

And what causes it, was the excessive screen exposure.

Masa tu doctor beritahu tu, jantung saya terus berhenti.
Dunia saya gelap.

Saya peluk anak saya kuat-kuat.

Saya baru sedar apa yang saya dah buat kat anak saya selama ni.
AND THAT WAS MY TURNING POINT.

I quit my PhD, and paid back the scholarship.

Dan itu bukan keputusan yang mudah memandangkan saya dah dalam tahun ketiga pengajian.

Tapi sebab saya terlalu rasa bersalah, dan nak tebus semula segalanya,
maka saya rasa itulah keputusan yang terbaik.

Dan sekarang, bila saya flashback, dan lihat diri saya dan Haikal pada hari ni,
alhamdulillah memang itu lah keutusan yang terbaik.

Ok sambung cerita tadi, lepas Haikal was suspected by the specialist, Haikal kena buat 3 stages of early intervention di sebuah special school.

Dan untuk pengetahuan, early intervention adalah tidak murah.

Tapi itu lah yang terpaksa kami lakukan, untuk tebus kesilapan kami dan rawat semula anak kami.
T____T

Di special school tu, saya terkejut dan menangis tengok ramaiiiii rupanya anak-anak yang suffer disebabkan oleh excessive screen exposure (pendedahan skrin berlebihan).

Ada yang autistic, ada yang saraf tak berfungsi, ada yang muscle & bone problem.

Allahuakbar.

Bermula dari situ lah saya mula berhubung dengan ramai child psychiatrist dan tanya mereka tentang ilmu perkembangan kanak-kanak.

Saya mula beli macam-macam buku yang berkaitan dan baca.

And some of you yang sedang membaca ni pun mula kenal saya sejak saya mula menulis tentang apa yang saya baca dan belajar dari child psychiatrist.
Alhamdulillah.

At least benda ni bukan saje dapat bagi pengajaran kepada saya, tapi juga kepada pembaca blog saya.

Haikal macam mana sekarang?

Oh he is doing so well, alhamdulillah!

Macam yang korang boleh tengok di Facebook Page dan Instagram saya,
Haikal now is so verbal, active and mempunyai imaginasi yang luar biasa. ;D
Saya bersyukur, sebab Allah sedarkan saya awal, dan saya tak kisah jika kisah malang Haikal ni dikongsikan untuk jadi pengajaran kepada ibu bapa lain.

Sekian tragedi kisah benar yang mungkin boleh buat anda fikir semula dan berhati-hati dalam membuat keputusan yg melibatkan anak-anak

Dan mungkin sekarang anda boleh faham apa yang saya rasa bila baca status seorang ibu yang saya kongsikan mula-mula tadi.

Saya berdoa agar ibu ini membatalkan niatnya.

By the way, kalau diperhatikan tragedi tadi,

kesan screen exposure ni bukan sahaja pada perkembangan anak-anak sebenarnya,

tapi juga pada emosi ibu bapa sebab kena sediakan peruntukan tambahan pulak untuk rawatan susulan.

Dah satu hal pulak nak cari specialist, nak allocate money, nak terima keadaan mentally.

Bukan mudah, of course.

Kalau mudah, saya dah ada phd dah sekarang. ;D

That’s why, mencegah lebih baik daripada merawat.

Saya harap apa yang saya kongsikan hari ni,

dapat beri ruang untuk korang fikir dan nilaikan semula setiap keputusan dan tindakan yang korang buat untuk anak-anak.

Dan jadi sebab untuk kita sama-sama bertekad menjadi ibu bapa yang membantu perkembangan anak-anak,

dan bukan membantutkan perkembangan anak-anak.

Peluang kita ada satu je.
Sebab anak-anak ada di hadapan mata kita sekali je.
Silap langkah, lambat sedar, payah nak undo balik.

So kepada anda yang mungkin tengah dalam proses nak belikan anak-anak gajet atau phone,
Ask yourself :
Are my children smart enough to have their own smartphone?
Am i ready to face all the consequences?
Do I have enough money to restore every damage it might caused?

Renungkan.

Saya harap Allah melindungi kita semua, insyaAllah.

Sumber: Ohmydakwah

Kredit Puan Adlil Rajiah (penulis buku 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna)

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge