Kerabat Diraja Kelantan Kemalangan, 1 Maut 5 Parah

kemalangan-kerabat-diraja-kelantan.jpg

Kerabat Diraja Kelantan Kemalangan, 1 Maut 5 Parah | Semalam dan hari ini boleh dikatakan hari untuk pulang ke kediaman masing-masing setelah hampir 2 minggu kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Jadi jalan raya dipenuhi semula dengan kenderaan-kenderaan berikutan pada esok hari bermulanya sesi  persekolahan.

Tadi Dr Fuh diberitakan terdapat satu kemalangan maut yang melibatkan 3 beradik kerabat Diraja Kelantan dengan 3 kenderaan lain. Seorang daripada mangsa kemalangan telah meninggal dunia ditempat kejadian. Namun diberitakan mangsa yang meninggal dunia itu bukanlah dari salah seorang kerabat Diraja Kelantan tersebut. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari akhbar Sinar Harian.

Kerabat Diraja Kelantan Kemalangan

Kerabat Diraja Kelantan Kemalangan, 1 Maut 5 Parah

Kereta dinaik tiga beradik kerabat Diraja Kelantan menjunam ke dalam cerun.

GUA MUSANG – Sehari sebelum tamat Ops Selamat musim perayaan Aidilfitri yang dijadualkan esok mencatat kemalangan paling buruk membabitkan empat kenderaan di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi itu, menyebabkan seorang maut dan lima parah termasuk tiga beradik kerabat Diraja Kelantan manakala dua yang lain terselamat.

Mangsa maut di tempat kejadian dikenali Mohd Saiful Bahri Awang, 41, berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap A manakala isterinya, Siti Nor Fazlina Mohamad, 34, seorang jururawat Klinik Kesihatan Jeram Tekoh cedera parah.

Empat lagi yang parah dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan tiga beradik kerabat Diraja Kelantan iaitu, Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, adiknya Tengku Fatimah Ainura, 34 dan Tengku Farini Amelina, 26.

Penyelia Tanah Rancangan Felda Jengka 9, Mohd Faizal Mohf Sukri, 30 turut menerima rawatan di hospital sama manakala yang terselamat dalam kemalangan terbabit, Yusri Ismail, 31 dan isterinya, Faradila Kadir, 30.

Kerabat Diraja Kelantan Kemalangan, 1 Maut 5 Parah

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang sedang mengeluarkan mayat Mohd Saiful Bahri yang tersepit dalam kereta.

Kejadian itu berlaku dipercayai kereta dinaiki tiga beradik kerabat Diraja Kelantan itu yang dipandu, Tengku Farini Amelina dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan kereta Produa ALZA dipandu Yusri.

Selepas itu, kereta Proton Saga dipandu kerabat Diraja Kelantan itu pula bertembung dengan kenderaan dipandu Mohd Saiful Bahri yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kota Bharu dan kenderaan Proton Persona dipandu Mohd Faizal.

Berikutan itu, seorang penumpang kerabat Diraja Kelantan itu tercampak keluar ke atas jalan dalam keadaan cedera parah sebelum kenderaannya menjunam ke dalam cerun.

Yusri ketika ditemui di tempat kejadian berkata, dia sempat mengelak kenderaannya apabila melihat kereta dinaiki tiga beradik kerabat Diraja itu terbabas memasuki lalu bertentangan.

Katanya, sebaik berlaku kejadian itu, dia terus memberhentikan kenderaan untuk melihat kenderaannya yang rosak dan melihat dua lagi kenderaan terbabit dalam kemalangan berkenaan.

“Saya terus bergegas ke tempat kejadian kerana melihat kejadian kemalangan itu membabitkan banyak kenderaan hingga ada yang tercampak keluar dari kereta dinaikinya.

“Sayu saya mendengar suara meminta tolong termasuk dari kereta dinaiki mangsa dan kereta dinaiki tiga beradik Diraja Kelantan itu yang masing-masing berada dalam cerun di tempat berasingan,” katanya.

Ibu mangsa, Siti Zubaidah Yusoff, 63, berkata, anaknya itu dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menghantar menantu (isteri mangsa) yang ingin menyambung pelajaran dan perlu berada di bandar itu jam 9 pagi hari kejadian.

Kerabat Diraja Kelantan Kemalangan, 1 Maut 5 Parah

Ibu mangsa, Siti Zubaidah tidak dapat menahan sedih melihat jenazah anaknya yang tersepit dalam kenderaan

“Memang dia ada bagi tahu mak cik malam kelmarin yang dia akan ke Kota Bharu pagi esok (hari ini) untuk menghantar isterinya belajar dan mak cik terkejut menerima berita pagi ini (semalam) dia kemalangan.

“Rasa tidak percaya berlaku kemalangan meragut nyawa anak mak cik itu, tetapi apa pun mak cik terima takdir Tuhan dan tetap bersyukur menantu mak cik masih selamat,” katanya.

Adun Galas, Ab Aziz Yusof turut melawat tiga beradik kerabat Diraja Kelantan yang cedera dalam kemalangan itu di bilik rawatan kecemasan HGM.

Dr Fuh – Semoga kita diajuhkan dari perkara yang tidak diingini berlaku. Berhati-hatilak ketika memandu, jangan memandu dalam keadaan mengntuk. Malang tidak berbau.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Kerabat Diraja Kelantan Kemalangan, 1 Maut 5 Parah”

  1. Yana Sakura says:

    Malang tak berbau..Apa2 pn bole berlaku..buat pemandu2 yg nk balik ke ibu kota diharapkan menjaga jarak kenderaan anda dgn knderaan org lain serta mnjga had laju..sifat sabar jga pntg dlm dri setiap pemandu..sikap terburu2 itu kdgkala mmbwa padah..smga kita dilindungi oleh Allah dgn kejadian sebegini..

    Takziah kpd keluarga mangsa..
    Yana Sakura recently posted…Imam Abu Hanifah Menasihati Si PemalasMy Profile

  2. ngerinya…. takziah.. pada keluarga mangsa
    Info Laju Dot Com recently posted…Koleksi Gambar Saat Ngeri KemalanganMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge