Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 2013

prk-dun-kuala-besut.jpg

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 2013 | Seperti yang kita ketahui, pada hari esok iaitu 24 Julai 2013 akan diadakan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut.

Dengan tempoh rasmi kempen selama 12 hari bagi PRK itu berakhir pada 11.59 malam ini, tumpuan esok terletak pada pilihan pengundi untuk mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Di tangan mereka menjadi penentu sama ada kerusi itu akan disandang calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera atau calon PAS Endot @ Azlan Yusof, 48, seorang ahli perniagaan.

Tengku Zaihan dan Azlan, kedua-duanya anak tempatan, dinamakan parti masing-masing sebagai calon pada hari yang sama iaitu 9 Julai lepas, sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadan 2013.

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 2013

Tengku Zaihan diperkenalkan sebagai calon BN pada pelancaran jentera BN dengan slogan “Kuala Besut Bertambah Biru” oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Pengarah PRK Kuala Besut Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sebelah petang di Dataran Kuala Besut manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan calon partinya di Kampung Nail pada sebelah malam.

Tengku Zaihan akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2 esok manakala Azlan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu. 

Pertembungan calon BN dan PAS itu sekali lagi mengulangi sejarah 1979 apabila PRK terpaksa diadakan pada bulan Ramadan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Zakaria Muda (BN) pada 26 Jun 1979 iaitu tarikh yang sama Allahyarham Dr Rahman meninggal iaitu juga pada 26 Jun lalu. 

Tempoh berkempen selama 12 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada bulan Ramadan kali ini turut mengubah strategi dan senario kempen PRK Kuala Besut yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Keputusan PRK DUN Kuala Besut N01 akan diumumkan selepas jam 5 petang esok. In Shaa Allah ada kelapangan Dr Fuh akan update dengan secepat mungkin keputusan Pilihan Raya Umum DUN Kuala Besut N01. Kepada para pengundi, buatlah pilihan yang terbaik!

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 2013

Updated

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 2013

Keputusan Pilihan Raya Kecil ( PRK ) Kuala Besut telah diumumkan secara rasmi melalui media elektronik pada hari ini. Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil DUN itu dengan majoriti  2,592 apabila calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman peroleh 8,288 undi, menewaskan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 2013”

  1. sapa yg menang agaknya..suspen jugak ni
    sendiriDOTnet recently posted…Ciri Mukmin BerjayaMy Profile

  2. ahmadijat says:

    Siapa pun yang menang harap dapat membantu menaikkan taraf hidup rakyat penduduk Kuala Besut.
    ahmadijat recently posted…Wordless Wednesday – Indahnya Ciptaan TuhanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge