Kenderaan Rasmi Agong Kemalangan Di Slim River

kenderaan-rasmi-agong.jpg

Kenderaan Rasmi Agong Kemalangan Di Slim River | IPOH – Kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong yang sedang menghala ke utara terlibat kemalangan dengan kenderaan pengiringnya di Km368.9, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Slim River, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Osman Nayan berkata bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, hanya pemandu rasmi bersendirian dalam kereta Mercedes Benz itu.

“Kereta pengiring cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta lain yang tidak dipastikan nombor pendaftarannya apabila pemandunya memperlahankan kereta secara tiba-tiba.

“Oleh kerana jarak terlalu dekat pemandu kereta pengiring turut membrek sebelum dilanggar dari arah belakang oleh pemandu kereta rasmi Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya kejadian itu berlaku di laluan lurus dan permukaan jalan adalah kering dan berstruktur baik.

Beliau berkata kereta rasmi terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan manakala kereta pengiring turut terjejas di bahagian belakang.

Pemandu kenderaan rasmi itu dan dua anggota pengiring terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. – Bernama

Sinar Harian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Kenderaan Rasmi Agong Kemalangan Di Slim River”

  1. syukurlah tak ada apa2

  2. amir zahari says:

    Ingatkan Yang Di Pertuan ada dalam tu..
    amir zahari recently posted…Garfield Tersangkut Di Lubang PintuMy Profile

  3. vcore says:

    nasib baik Yang-Dipertuan Agong tiada di dalam kereta tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge