Kenali Fattah Amin Beberapa Bulan – Hati Fazura Terbuka Untuk Berkahwin

Fattah-Amin-Fazura-Bakal-Bertunang-13-November-Ini.png

Cerita antara Fazura dan Fattah Amin semakin hangat apabila baru baru ini heboh mengenai Fazura dan Fattah Amin telah berkahwin sebelum menunaikan umrah. Setibanya mereka berdua di Malaysia Pihak Fazura dan Fattah Amin telah menafikan bahawa mereka tidak pernah melangsungkan perkahwinan sebelum menunaikan umrah. Rupanya mereka hanya melangsung pertunangan sebelum menunaikan umrah. Segala spekulasi yang timbul mengenai hubungan Fattah Amin dengan Nur Fazura akhirnya terjawab apabila pasangan terbabit mengesahkan mereka sudah bertunang pada 13 November.

Siapa sangka bermula hanya sebagai pasangan berlakon di dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella’, timbul pula bibit percintaan antara Fattah dan Fazura.

Menurut Fazura, pintu hatinya terbuka untuk menjadi teman hidup Fattah setelah semakin rapat hari demi hari dan sudah mengenali satu sama lain.

“Saya diketahui sebagai seorang yang berdikari dan degil, kerana saya mata mementingkan kerjaya. Dengan kuasa Allah selapas beberapa bulan mengenali hati budi dan memikirkan mengenai masa depan, saya terbuka hati untuk berkahwin.

Dalam masa sama, Fazura juga memberitahu beliau dan Fattah sebenarnya tidak bertunang dalam keadaan tergesa-gesa.

Jelas Fazura lagi, mereka mengambil masa untuk berkongsi berita gembira tersebut atas pemintaan keluarga Fazura yang amat mementingkan privasi.

“Majlis bertunang sudah dirancang beberapa minggu lebih awal, bukan diadakan dengan tergesa-gesa. Kami ingin fokus kepada ibadah terlebih dahulu, bukannya tidak mahu kongsikan dengan media dan peminat.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang sabar menunggu pengumuman kami. Kami menghargai sokongan anda dan etika yang anda amalkan,” ujarnya.

Dalam tempoh pertunangan ini, memang akan ada cabaran tetapi apa yang penting anda berdua harus bersabar. InshaAllah segala perancangan Fattah dan Fazura untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Kita doakan yang terbaik buat mereka berdua dan harap kita semua hentikan segala spekulasi supaya tidak menimbulkan fitnah. Apa apa pun kita just tunggu sahaja tarikh perkahwinan mereka di umumkan oleh pihak Fattah Amin dan Fazura.

Incoming search terms:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge