Kematian Kamal Ataturk Laknatullah Yang Menyeksakan

Kamal-Ataturk.jpg

Kematian Kamal Ataturk Laknatullah Yang Menyeksakan Mustafa Kemal Atatürk (12 Mac 1881 – 10 November 1938) atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.

Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi “Kemalisme”. Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.

Saat kematiannya yang menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya.
2. Sakit jantung
3. Darah tinggi

Beliau juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan beliau di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu beliau sedar tetapi telah hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, sekali lagi beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad beliau. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasadnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 ton. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut.

Yang menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Kematian Kamal Ataturk Laknatullah Yang Menyeksakan”

  1. Di dunia lagi Allah dah beri balasan.. Belum lagi di akhirat sana..
    Aniqbukhary32 recently posted…Photographer part time dan aiskrim drumstick?My Profile

  2. tapi ada juga org yg sanjung dia ni
    blogger lelaki recently posted…Cara Fatimah Az Zahra Meminta Maaf Kepada SuaminyaMy Profile

  3. amir zahari says:

    Balasan untuk pengkhianat Islam..
    amir zahari recently posted…Suka Memberi Amalan Mulia – Sedih Tengok Video IniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge