Kemalangan Ngeri Di Rompin – Seorang Maut 3 Parah

kemalangan-ngeri.jpg

Innalillah. Satu lagi kemalangan maut telah berlaku di Kilometer 118.6, Jalan Kuantan – Segamat dekat Rompin, petang kelmarin. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari Sinar Harian

Kemalangan Ngeri Di Rompin – Seorang Maut 3 Parah

KUANTAN – Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda terbunuh selepas kenderaan dipandunya dilanggar sebuah kereta dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 118.6, Jalan Kuantan- Segamat dekat Rompin, petang kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang itu, penumpang kenderaan terbabit mengalami cedera parah manakala pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta turut mengalami nasib sama.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Buang Awang, 60, petani dari Desa Keranji Muadzam Shah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.05 petang ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.

Menurutnya, mangsa yang parah, Aliff Shah Fuad Shah, 27 dan Nur Khadijah Mohd Zain, 23 dari Melaka serta Mohd Nazi Busumi, 34 dari Muadzam Shah turut dihantar menerima rawatan di hospital sama.

“Penunggang motosikal, Nur Hasimah Md Isa, 20 dari Perumahan Kampung Feri, Rompin bernasib baik apabila terselamat dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Mohamed Fauzi berkata, mangsa memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton dari arah Segamat menghala ke Kuantan bersama seorang penumpang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, dia dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke kiri.

“Ketika pemandu itu cuba masuk ke laluan semula, salah satu tayarnya pecah menyebabkan  kenderaan itu hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan  dan merintangi jalan,” katanya.

Beliau berkata, sebuah kereta jenis Proton Perdana dari arah Kuantan-Segamat dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpangnya gagal mengelak lalu terlanggar kenderaan mangsa yang merintangi jalan.

“Akibat nahas itu, kereta Proton Perdana terbabit berpusing lalu terlanggar sebuah motosikal,” katanya.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang penunggang terbunuh selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori di simpang empat, Jalan Industi Gebeng dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11.50 malam itu, mangsa, Roslan Muda, 41 dari Kampung Baru Felda Neram 1, Kemaman meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori terbabit dari arah kawasan industri ke simpang terbabit sebelum meneruskan perjalanan.

“Mangsa yang datang dari arah kanan gagal mengelak lalu melanggar lori jenis Mitsubishi Fuso tanpa muatan itu,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Kemalangan Ngeri Di Rompin – Seorang Maut 3 Parah”

  1. BudakHitam says:

    Biar lambat, asal selamat. Banyak kemalangan berlaku akibat dari kelajuan.
    BudakHitam recently posted…Cara buat blog wordpress mudah dan cepat hanya dengan beberapa click !My Profile

    1. kucinghitam says:

      xmestinya lju ecident kalo dah nak jadi
      kucinghitam recently posted…AYAH DIRA ABU ZAHAR MENINGGAL DUNIAMy Profile

  2. zack says:

    Pickup triton tu xde pape pon,perdana tu yg lg truk…btul la keta malaysia cap ayam..

    1. kucinghitam says:

      dah tau kereta malaysia macamana kan
      kucinghitam recently posted…AYAH DIRA ABU ZAHAR MENINGGAL DUNIAMy Profile

  3. jingkaliwa says:

    ok la jugak tu malaysia ada keluar kan kereta dari x de langsung.

    1. kucinghitam says:

      hmmmm kualiti hmmm harga arghhhh
      kucinghitam recently posted…AYAH DIRA ABU ZAHAR MENINGGAL DUNIAMy Profile

  4. hafiz says:

    Memang ngeri pun….mintak2lah dijauhkan….
    hafiz recently posted…Sup Ikan Merah dan Udang Goreng KunyitMy Profile

  5. kucinghitam says:

    macam terkepit jer
    kucinghitam recently posted…AYAH DIRA ABU ZAHAR MENINGGAL DUNIAMy Profile

  6. Mawardiyunus says:

    al-fatihah n takziah pada keluarga mangsa
    Mawardiyunus recently posted…CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00 | UBAT SAKIT BUAH PINGGANGMy Profile

  7. vcore says:

    al-fatihah dan takziah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge