Kemalangan Ngeri Di Machang – Seorang Maut 3 Parah

kemalangan-ngeri-di-machang.jpg

Kemalangan Ngeri Di Machang – Seorang Maut 3 Parah | Innalillah. Nampaknya kebelakangan ini banyak kes kemalangan dicatatkan dari hari kehari. Yang lebih membimbangkan adalah kadar kematian dalam kes kemalangan juga dicatatkan sangat banyak. Terbaru di Jalan Machang – Pasir Puteh, Kelantan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia manakala 3 yang lain cedera parah dalam satu kemalangan ngeri. Ikuti laporan penuh.

Kemalangan Ngeri Di Machang – Seorang Maut 3 Parah

MACHANG – Seorang maut dan tiga yang lain cedera parah setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Machang – Pasir Puteh, di sini pada jam 11.30 pagi kelmarin.

Mangsa maut, Anis Syafiqah Harun, 14, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia pada jam 11 malam, kelmarin selepas hampir 12 jam mendapatkan rawatan.

Tiga mangsa yang cedera turut mendapatkan rawatan di hospital yang sama manakala pemandu lori yang mengalami kecederaan ringan dirawat di Hospital Machang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, Anis Syafiqah yang duduk di bahagian penumpang belakang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, kemalangan di Kilometer 4.7 Jalan Machang- Pasir Puteh itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori yang dipandu seorang pemuda.

Menurutnya, MPV yang dipandu wanita itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Kedah sebelum bertembung dengan sebuah lori berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2, dekat sini.

“Rempuhan kuat tersebut menyebabkan MPV tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian pemandu dan mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Machang.

“Lori yang dalam perjalanan dari arah Machang Pasir Puteh itu dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan MPV itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Sinar Harian

Innalillah. Semoga roh beliau dicucuri ramat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Beruntung beliau diambil nyawa ketika awal Ramadhan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah yang terlibat dalam kemalangan maut di Machang semalam. Al-Fatihah

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “Kemalangan Ngeri Di Machang – Seorang Maut 3 Parah”

  1. vcore says:

    al-fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge