Kemalangan Ngeri Di Kuching 4 Maut Di Jalan Sri Aman – Sarikei

kemalangan-maut-di-kuching1.png

Kemalangan Ngeri Di Kuching 4 Maut Di Jalan Sri Aman – Sarikei | Fuh!! nampaknya satu lagi kemalangan ngeri berlaku di negara kita. Kali ini melibatkan 4 nyawa penumpang. Ikuti laporan penuh yang Dr Fuh kongsikan dari laman Sinar Harian.

Kemalangan Ngeri Di Kuching

KUCHING – Empat maut, tiga daripada mereka rentung setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pengangkut sebelum terbakar di KM 56, Jalan Sri Aman-Sarikei, kira-kira 200km dari sini, hari ini.

Kesemua yang maut dipercayai warga Indonesia dan pemandu MPV yang dikenal pasti sebagai Tinus Salleh, 45, telah terpelanting keluar terjatuh di permukaan jalan dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Jurucakap Balai Polis Sri Aman yang dihubungi dari sini berkata identiti tiga yang rentung masih belum dapat dikenal pasti.

Katanya dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi itu, MPV berkenaan terperosok ke bahagian bawah lori sebelum terbakar.

Menurutnya kemalangan ngeri di Kuching itu dipercayai berlaku selepas MPV itu hilang kawalan dan melencong ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori berkenaan.

Katanya pemandu lori berumur 34 tahun dan dua penumpangnya terselamat dan mereka dibawa ke Balai Polis Sri Aman untuk disoal siasat.

Mayat keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat. – Bernama

Pemandu lori, Steven Nyaggau bersama dua kelindannya tidak mengalami kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

Berhati-hatilah ketika berada di jalan raya atau dimana-mana. Kalau tak sayang pada diri sendiri pon Ingatlah orang yang tersayang. Semoga kita dijauhkan dari perkara ini. In Shaa Allah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Kemalangan Ngeri Di Kuching 4 Maut Di Jalan Sri Aman – Sarikei”

  1. kucinghitam says:

    minta jauhan kan la nak raya nie
    kucinghitam recently posted…GANJARAN & KELEBIHAN SOLAT TARAWIH BULAN RAMADHANMy Profile

  2. sensasi2020 says:

    Berhati-hatilah pulang beraya di kampung halaman masing2. Jangan jadi seperti foto di atas….Indya Allah……
    sensasi2020 recently posted…Wordless Wednesday #21 – Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 HijrahMy Profile

  3. sensasi2020 says:

    Selamat berpuasa dan salam Ramadhan Al-Mubarak, moga mendapat kerahmatan, keberkatan, kemuliaan,keampunan dan pahala berlipat kali ganda di dunia dan di akhirat. Insya Allah…..
    sensasi2020 recently posted…Wordless Wednesday #21 – Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 HijrahMy Profile

  4. vcore says:

    mintak simpang la dari benda nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge