Kemalangan Ngeri Di Kelantan – 2 Maut 2 Cedera

kemalangan-ngeri-di-kelantan.jpg

Kemalangan Ngeri Di Kelantan – 2 Maut 2 Cedera

KOTA BHARU – Hajat empat sahabat untuk menghadiri majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila dua maut manakala dua cedera dalam kemalangan ngeri yang melibatkan empat kenderaan di Jalan Kota Bharu – Pasir Puteh di sini, Semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, kenderaan yang dinaiki keempat-empat mangsa yang merupakan anggota tentera dari kem 21 Rejimen Askar Melayu (RAMD 21) Pengkalan Chepa, dipercayai dari arah Kota Bharu ke Melor hilang kawalan selepas gagal mengelak sebuah kenderaan lain yang membuat pusingan U dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu kereta yang dinaiki keempat-empat mangsa, melanggar kenderaan lain sebelum merempuh treler yang diparkir di bahu kiri jalan.

Dalam kejadian itu, penumpang depan Firdaus Abd Rani 23, dan Mohd Nor Hamidi,23 penumpang belakang maut manakala pemandu Ferdaus Che Fadzil 29, hanya mengalami cedera ringan.

Manakala Abdul Halim Husin, 24, yang juga penumpang belakang dilaporkan kritikal dan kini ditempatkan di Hospital Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan.

Innalillah. Al-Fatihah kepada mangsa yang meninggal dunia dan takziah kepada keluarga mereka. Sama-sama kita doakan mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan kita doakan yang cedera kembali sembuh seperti sedia kala. In Shaa Allah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Kemalangan Ngeri Di Kelantan – 2 Maut 2 Cedera”

  1. khai nuar says:

    al-fatihah…moga dtempatkan dgolongan org briman
    khai nuar recently posted…Petua Murah RezekiMy Profile

  2. kucinghitam says:

    makin banyak plak kemalangan sekarang nie

  3. kucinghitam says:

    lebuh raya kat tasik banding tu byk gajah ngeri lalu malam2
    kucinghitam recently posted…PENGKID DIBURU POLIS KERANA MEMBAKAR RUMAH GFMy Profile

  4. Mawardiyunus says:

    Al-fatihah buat arwah. dan takziah buat semua keluarga mangsa
    Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Makan Di Soul GardenMy Profile

  5. Datin Tyka says:

    astaghfirullah.. ngeri nya.. semoga roh mereka bersama dengan orang yang beriman.. Al-Fatihah
    Datin Tyka recently posted…Review Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

  6. Noraisyah says:

    Pemandu tu kawan abang saya.. Innalillah buat mangsa yg maut

  7. Appreciation for an additional fantastic content. The location different might any person obtain that type of info in their normal perfect method of producing? I own a demonstration subsequent 7 days, for in the look for similarly info.

  8. vcore says:

    teruknya kemalangan.al-fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge