Kemalangan Di Kulaijaya Dua Mangsa Maut

kemalangan-di-kulaijaya.jpg

Kemalangan Di Kulaijaya Dua Mangsa Maut | Innalillah. Lagi satu kemalangan maut dilaporkan selain kemalangan ngeri di Machang semalam. Kali ini melibatkan 2 mangsa maut akibat kemalangan tersebut. Baca laporan penuh yang dipetik dari Sinar Harian dibawah ini.

Kemalangan Di Kulaijaya Dua Mangsa Maut

KULAIJAYA – Dua maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Kilometer 43, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Taman Manis, Kelapa Sawit, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.10 malam itu menyebabkan penunggang motosikal, Ismadi Ismon, 27, dan penumpang kereta, Padrick Anak Pandong, 23, terkorban.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Wira dari arah Johor Bahru membelok masuk ke simpang kanan dan dilanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Zulkefly berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya, namun disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam.

“Pemandu kereta serta penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan turut dirawat di hospital sama,” katanya.

Sementara itu, rakan Padrick, Robson Lukas, 19, memberitahu mangsa yang berasal dari Sri Aman, Sarawak tidak mempunyai keluarga di negeri ini dan bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran dekat sini.

“Kali terakhir saya bertemu mangsa kira-kira sebulan lalu. Saya dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa Padrick oleh pakcik yang menghubungi saya.

“Keluarga Padrick sudah pun diberitahu mengenai kematiannya dan saya akan cuba uruskan penghantaran mangsa ke Sarawak secepat mungkin,” katanya. – Sinar

*Gambar Hiasan

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

7 thoughts on “Kemalangan Di Kulaijaya Dua Mangsa Maut”

  1. kucinghitam says:

    MAKIN BANYAK PLAK KES KEMALANGAN NAK DEKAT RAYA NIE
    kucinghitam recently posted…PROJEK DUIT RAYAMy Profile

  2. dekat2 raya ni makin byk plak xcdnt. penat puasa kot,
    Carlos Santiago recently posted…BAN Potosop – MEMES Photoshop Yang Sangat WinMy Profile

  3. Emerson says:

    proton wira ke, proton saga?!? adui…

  4. Yana Sakura says:

    Innalillah..setiap hari ada kemalangan dlm bln puasa nie ye..kpd pemandu kereta ,bas ,lori serta penunggang motosikal berhati-hati la di jln raya..ingatlah org tersayang..
    Yana Sakura recently posted…Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-MubarakMy Profile

  5. aida says:

    gmbar tu gambar asal kemalangn dekat jaln ke gemas.. tu gambar kemalangan arwah kakak kawan sy masa bulan puasa thun 2013.

    1. Dr Fuh says:

      terima kasih atas info..sebab tu saya letak caption *gambar hiasan dibawah artikel
      Dr Fuh recently posted…Kepelbagaian Kegunaan CukaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge