6 Kelebihan Dan Kebaikan Hari Jumaat Yang Perlu Diketahui

Kelebihan-Dan-Kebaikan-Hari-Jumaat+masjid-kristal.jpg

6 Kelebihan Dan Kebaikan Hari Jumaat Yang Perlu Diketahui | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca setia blog informasi fuh.my yang dikasihi. Alhamdulillah di penghulu segala hari ini kita masih diberikan kesempatan untuk celik biji mata oleh Nya tatkala kejadian ribut di Pulau Pinang telah meragut 2 nyawa pada semalam hari.

Pada hari penuh barakah ini Dr Fuh ingin berkongsi artikel berunsur Islamik iaitu berkenaan kebaikan atau kelebihan dan juga perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat penghulu segala hari. Perkongsian ini diambil dari laman Saya Budak Comel (terasa Dr Fuh) semoga beliau mendapat saham pahala dari perkongsian ini. In Shaa Allah.

Kelebihan Dan Kebaikan Hari Jumaat

1. Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini Nabi Adam diciptakan dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.

kelebihan dan kebaikan hari jumaat, potong kuku

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Kelebihan Dan Kebaikan Hari Jumaat, Khutbah

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “6 Kelebihan Dan Kebaikan Hari Jumaat Yang Perlu Diketahui”

  1. dhinai says:

    Semuga ianya akan sentiasa menjadi pedoman dan ingatan kepada kita semua….amin

  2. sharing is caring thank you 🙂

  3. ayu yahya says:

    terima kasih untuk info berguna nie…. suke sgt… jom follow blog sy http://qaysaasupplement.blogspot.com
    ayu yahya recently posted…Pengalaman bersama set 3M dan zincMy Profile

  4. Ummar Farouk says:

    Yup, betul tu.. Sebenarnya byk lagi kelebihan selain yg di atas..
    Ummar Farouk recently posted…Revolusi Atau Evolusi?My Profile

  5. vcore says:

    perkongsian yang bagus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge