Tahniah Kelantan Juara Piala FA 2013 (Video Jaringan Gol)

Kelantan-juara-piala-fa-2013.jpg

Kelantan Juara Piala FA 2013

Seperti yang kita semua ketahui, Kelantan selaku juara bertahan kini sekali lagi berjaya mempertahankan trofi kejuaraan Piala FA 2013 dengan memenangi perlawanan Akhir Piala FA menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT FC) sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan gol 1-0.

Gol telah dijaringkan oleh Nurfarhan hasil lorongan cantik daripada Badhri Radzi pada minit ke-15 perlawanan. Jaringan gol tersebut merancakkan lagi perlawanan apabila kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas-balas serangan walaupun banyak penyudah yang amat mengecewakan dari kedua-dua bleh pihak.

Video Jaringan Gol Kelantan Final Piala FA 2013

Walaupun perlawanan berbaki lebih 75 minit, namun pasukan Johor Darul Takzim gagal mendapatkan gol penyamaan untuk mengikat pasukan Kelantan bagi memburu kejuaraan Piala FA 2013 ini. Barisan pertahanan Kelantan dilihat sangat berdisiplin dalam mengekang asakan dari penyerang-penyerang berbisa JDT walaupun beberapa percubaan berbahaya dilancarkan pasukan JDT.

Setelah tamat 90 minit dan tambahan masa 5 minit, Pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat lalu bergegak gempita lah stadium dengan jeritan padu penyokong The Red Warriors sebentar tadi. Badri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya yang telah mengemudi pasukan Kelantan dengan jayanya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Sesungguhnya beliau memang layak dinobatkan anugerah tersebut kerana usaha beliau dan juga effort beliau yang sangat menakjubkan disamping hantaran-hantaran cantik dan kreatif yang berjaya di lakukan olehnya.

Apa-apa pun tahniah buat pasukan Kelantan selaku Juara Piala FA 2013 dan juga pasukan Johor Darul Takzim kerana berjaya menjejak ke perlawanan akhir Piala FA 2013. Kalah menang adat perlawanan, yang penting semnagat kesukanan yang tinggi perlu ditunjukkan sama ada dari pasukan itu sendiri mahupun dari penyokong-penyokong setianya.

Akhir kata dari Dr Fuh “Penyokong Berintegriti, FAM Suci, Sukan Berkualiti

Majulah Sukan Untuk Negara Dan Rakyat Jelata!

Kelantan Juara Piala FA 2013, Final Piala FA dimenangi Kelantan, Video Jaringan Gol Final Piala FA 2013, Keputusan Penuh Final Piala FA 2013, Kelantan Juara

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Tahniah Kelantan Juara Piala FA 2013 (Video Jaringan Gol)”

  1. kucinghitam says:

    tahniah kelantan gomo
    kucinghitam recently posted…KELANTAN TEWASKAN JOHOR DARUL TAKZIM PIALA FAMy Profile

  2. daniel iman says:

    Gomo kelate gomo 🙂

    1. daniel iman says:

      kesian Johor , tu laa , belagak hebat sanggat , hahah padan muka 😛

      1. xpe, JDT baru 1st time masuk final. yg ada pengalaman matyo dan roya je.
        Carlos Santiago recently posted…BAN Mahligai – CEO Tommy Hilfiger Dan Mahligainya $75 Juta Untuk DijualMy Profile

  3. tahniah red warrior… daniel iman ko ni…. x baik tau.. cer la bersangka baik ekekekek pepepe pung RW mmg mantop eh… thumps up

  4. Mawardiyunus says:

    alhamdulillah. tahniah buat team klate
    Mawardiyunus recently posted…Rezeki urusan ALLAH | Doa Supaya Rezeki Tidak PutusMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge