Inilah 8 Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan

Bayi-kembar-11.jpg

Inilah 8 Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan | Kelahiran bayi adalah saat yang paling dinanti-natikan oleh ibu bapa kepada bayi tersebut. Dalam dunia ni kita tahu macam-macam kelahiran telah berlaku. Tapi di sini ada 8 kelahiran pelik pernah dicatatkan dalam sejarah dunia. Memang sangat pelik. Macam tak masuk akal pon ada. Tapi itu semua kuasa Allah, tiada apa yang boleh melawan zat Nya. Jom pelikkan diri.

Ibu Termuda Dunia (5 tahun)

Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan

Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 Mei 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walau bagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7 kg.

Bayi Terkecil Dunia

Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan

Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 auns. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari.

Ibu Lelaki Pertama Dunia

Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan

Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui permanian beradas (artificial insemination).

Kembar Hitam Dan Putih

Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan

Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.

Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)

Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan

Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.

Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan

Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)

Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan

Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun.

Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan

kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan

Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).

Ibu Bapa Hitam Dan Anak Putih

Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan

Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri. Kes yang lebih kurang serupa seperti Jennifer Stweart. – Sumber asal

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

20 thoughts on “Inilah 8 Kelahiran Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan”

  1. Ok semua tu memang pelik pelik belaka… tapi ini semua kuasa yg maha ESA sesungguhnya dia tahu apa yang terbaik untuk kita semua…

  2. Aku pernah terbaca dalam satu artikel di China… kalau penduduknya melahirkan anak perempuan/lelaki/lebih dari kota yg dibenarkan (not sure which one) anak-anak itu akan dibunuh… kejam tak kejam?? Alasan populasi di negara China dah terlalu ramai… =..=’

    1. Dr Fuh says:

      yup, saya pon pernah dengar jugak..tapi tak sure betul ke tak

      1. katanajeeb says:

        ye. betul.
        Baru2 ni ada ibu lahirkan kembar, dia kena pilih yang mana (satu sahaja) yang dia nak bela. Yang lebih dibunuh dengan campak dr gunung. Erkk…
        Kat China mcm tu lah…manusia ni xde nilai. Ada kes buang2 bayi tu, janin main sepah2 je tepi jalan takde orang kesah… keji sangat.
        Tapi china jugak lah negara paling banyak pengeluar ubat2an tenaga batin ni…
        choii sangat!!!

    2. anonymous says:

      mengarut. dekat cina dibenarkan 1 kelahiran bukan 1 anak. kalau lahir sekali 10 boleh je simpan. kelahiran kedua akan dikenakan denda and bayar cukai lebih. tu je.

      1. World WarZ says:

        Setuju..

  3. Daxx says:

    URGHHH! Tengok yg gambar first tadi tu rasa perut macam dah nak meletup. Nampak veins segala bagai 😮
    Daxx recently posted…Pelik! Fesyen Rambut Kenderaan + GambarMy Profile

    1. Dr Fuh says:

      itu lah kuasa Allah 🙂

  4. onlajer says:

    yang kembar 8 tu bersalin normal ke bedah
    onlajer recently posted…Mersing Advance MotorMy Profile

    1. Dr Fuh says:

      nanti aku try call dia tanya..wakakkaa :p

    2. World WarZ says:

      Yang kembar 8 tu kena bedah ..
      Tapi yang sadisnye sang Ibu kemudiannye jadi pelakun film prono dengn bayaran yang sangat lumayan dan beliau setuju demi duit/wang..
      Selepas dia menjadi bintang prono dia bersetuju pula menjadi penari eksotik.. penari tiang..
      Sang ibu bangsa turki warga Amerika beragama Islam

  5. fyna says:

    subhanallah. kuasa Allah SWT kan..
    fyna recently posted…Wordless Wednesday #11My Profile

  6. hafiz says:

    kuasa Allah….memang diluar jangkaan..
    hafiz recently posted…Wordless Wednesday #26 : Gelagat hero-herokuMy Profile

  7. Ummar Farouk says:

    Aneh, tapi benar-benar terjadi!
    Ummar Farouk recently posted…Celik Mata Hati – Antara Tahu Dan SedarMy Profile

  8. nabila biela says:

    subhanaAllah=)
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

  9. APAN says:

    thanks sebab bg kredit…pyh jumpa org mcm ni. selamat maju jaya 🙂
    APAN recently posted…Puasa 2013My Profile

  10. Mohd Zakaria says:

    Allah bleh buat dgn asbab..tnpa asbab..brlawanan dgn asbab..menunjukkn Allah tiada brhajat pda mkhluknya..

  11. linda says:

    Kuasa y tiada nilainye. Perot sekecil 2 mampu muat 8 nyawa…bersyukurla pada-NYA…

  12. kerje.com says:

    Kekuasaan Tuhan!!
    kerje.com recently posted…Kindergarden TeacherMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge