Kejadian Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh [Video Dan Gambar]

jambatan-pp-kedua-runtuh.jpg

Video Dan Gambar Kejadian Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh | BATU MAUNG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang mengesahkan satu mayat telah ditemui di tempat kejadian runtuh struktur penyambung jambatan kedua Pulau Pinang.

Satu bahagian struktur itu yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba telah menggunakan kamera khas sebelum dapat menemui mayat tersebut.

“Kita mungkin memerlukan kira-kira dua jam atau lebih untuk mengeluarkannya,” kata Mohamad Shoki. Beliau juga menafikan laporan awal yang menyatakan empat orang telah disahkan mati.

Sebelum ini, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui terdapat berapa mangsa yang terperangkap.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut.

Difahamkan dua orang yang perempuan yang memandu Perodua Myvi berjaya selamatkan dirinya. Astro AWANI telah menemubual mangsa tersebut.

Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.

Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui.

Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang berada di lokasi juga mengesahkan melalui laman Twitternya bahawa struktur sepanjang 30 meter itu telah runtuh.

Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberitahu lebih kurang satu atau dua kereta telah remuk akibat runtuhan. Katanya lagi, pihak bomba juga sedang memulakan operasi menyelamat.

Jambatan yang menghubungkan tanah besar di Batu Kawan kepada Batu Maung di pulau itu, dijangka siap pada bulan September tahun ini.

Projek yang menelan belanja RM4.5 bilion itu merupakan sebuah projek di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan ia bakal memudahkan laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.

Jambatan kedua tersebut mula dibina pada November 8, 2008. Ia merangkumi jambatan berurukan 16.8 kilometer di atas laut dan 6.8 kilometer di atas tanah.

dipetik dari Astro Awani

gambar jambatan runtuh jambatan kedua runtuhjambatan runtuh maut

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Kejadian Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh [Video Dan Gambar]”

  1. Ya Allah ngerinya fikir mangsa yang tersepit bawah tu. dalam pembinaan pun dah runtuh, bayangkan la kalau dah siap.. byk org guna kalau keadaan tak terjamin macam ni.. mungkin banyak nyawa lagi akan terkorban

    sERAM >>PONTIANAK MENGAMUK CARI KAIN BATIK DI KULIM
    FREE >>Nak Try Produk Lansing Badan Secara Percuma. Clik Sini
    Misteri >>Sesuatu tentang Shopping Yang Korang Belum Tahu
    Jom Undi>>Kuasa Rakyat Malaysia Diperlukan lagi selepas PRU13.Jom Undi
    Wow >>Cuma kongsi petua mak je dapat RM30,000 budget untuk makeover dapuR
    What?? >>Korang kena tahu pasal biskut OREO kalau tak menyesal
    suria lekatlekit recently posted…JOM KENAL SIAPA JAKUN,SAKAI,BATAK YANG SELALU KORANG SEBUTMy Profile

  2. Yan Ty says:

    Scary !
    Hope my relatives n family in Penang are safe.
    Yan Ty recently posted…Pantai Timur , Aku Datang ! – Day 2My Profile

  3. again aku mmg x berani nak tgk 😛

  4. sac louis vuitton says:

    Awesome blog. I enjoyed reading your articles. This is truly a great read for me. I have bookmarked it and I am looking forward to reading new articles. Keep up the good work.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge