Kalau Hang Tak Mau Orang Tua Ni, Hang Bunuh Dia. Bagi Aku Tanam! Dia Ni Bapak Hang!

image2.jpg

“Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang,” antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini.

Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.

Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.

Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.

Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.

“Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya,” katanya.

Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.

Katanya, memandangkan kasi­han­ dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.

“Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.

“Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya,” katanya.

Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.

Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.

Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.

Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua.

Sinar Harian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Kalau Hang Tak Mau Orang Tua Ni, Hang Bunuh Dia. Bagi Aku Tanam! Dia Ni Bapak Hang!”

  1. Astaghfirullahalazim… Masih wujud lagi anak tak kenang budi org tua di zaman teknologi canggih begini? Semoga dijadikan pengajara agar kita tidak akan sesekali melupakan jasa org tua kita yg telah membesarkan kita dahulu…
    NuKeUfO89 Corp. recently posted…Pendedahan Rahsia Kenapa Syiah yang Merupakan Golongan Minoriti Dapat Memerintah Syria?My Profile

    1. kucinghitam says:

      tu la makin hari makin ramai tanggang
      kucinghitam recently posted…FARAH AF2 NAFI MENCURIMy Profile

  2. tortellini salad recipes with bacon says:

    Cake should be sturdy enough, but you can insert wooden
    dowels or toothpicks on each layer before icing.

    For instance, it is an excellent idea to prepare
    the birthday cake of a golf lover in the shape of a golf ball in
    a golf course. This helps prevent crumbs from getting in your frosting.
    tortellini salad recipes with bacon recently posted…tortellini salad recipes with baconMy Profile

  3. kucinghitam says:

    gila pompuan plak tue anak derhaka siot…siap xngaku bapa
    kucinghitam recently posted…FARAH AF2 NAFI MENCURIMy Profile

  4. AKAI ADA says:

    Anak camtu bleh digolongkan dalam golongan anak derhaka. Tapi dalam dunia skrang pun, banyak golongan bapa, yang jadi bapak derhaka…

  5. sayidah says:

    sedih dgr cerita ni.
    sayidah recently posted…RAHSIA SUJUD DI DALAM SOLAT.My Profile

  6. vcore says:

    anak derhaka

  7. sara says:

    Anak derhaka.. Neraka jahanam utk kau..

  8. cik Smile says:

    allahurobbi,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge