Kahwin Tertutup – Fazura Dan Fattah Kini Suami Isteri

fazura-fattah-kahwin.jpg

Kisah mengenai pertunangan dan perkahwinan Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang baru-baru ini ibarat drama bersiri akhirnya menemui noktah apabila mereka kini sah suami isteri dalam perkahwinan tertutup yang berlangsung semalam.

Ia disahkan sendiri olah syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan yang memaklumkan, Fazura dan Fattah telah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam.

Meskipun mereka selebriti yang mempunyai ramai peminat, namun pernikahan mereka itu dilangsungkan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja, siap mendapat khidmat bodyguard di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Malah segelintir wartawan yang rapat dengan pelakon tersebut turut mengigit jari kerana tidak dapat menyaksikan pernikahan yang kemungkinan berlangsung di Tingkat 29 hotel itu.

Ini kerana, hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.

Melihat perkembangan tersebut, itulah harga yang harus dibayar oleh seseorang selebriti untuk mengadakan majlis pernikahan secara tertutup kononnya untuk privisi meskipun mereka popular atas sokongan ramai peminat yang hauskan perkembangan mereka.

Tahniah buat Fattah dan Fazura.

Tahniah Fazura dan Fattah Amin Selamat Pengatin Baru dan berbahagia hingga ke Jannah.

Sumber

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge