JPJ Laksana Undang-Undang Tinted Kereta Tahun 2018

content_Operasi-Tinted-JPJ.jpg

content_Operasi-Tinted-JPJ

JPJ Laksana Undang-Undang Tinted Kereta Tahun 2018 | Para pemandu di Malaysia sila ambil perhatian, Jpj sudah mengumumkan undang-undang baru mengenai Tinted pada cermin kereta akan dilaksanakan pada 1 Januari 2018.

JPJ Laksana Undang-Undang Tinted Kereta Tahun 2018

JPJ Laksana Undang-Undang Tinted Kereta Tahun 2018, Pada 1 januari tahun 2018, setiap kenderaan yang berdaftar mesti mematuhi standard terbaru bagi penggelap atau di kenali sebagai tinted tingkap kereta berdasarkan piawaian MS2669.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mekanisme ini dapat menyelesaikan masalah penguatkuasaan yang melibatkan penggunaan peranti ujian yang berbeza oleh kedai aksesori kenderaan bermotor dan pihak berkuasa.

Liow juga berkata mekanisme tersebut adalah bagi memastikan penggelap tingkap kereta yang digunakan oleh kedai aksesori kereta mematuhi standard Jpj.

JPJ Laksana Undang-Undang Tinted Kereta Tahun 2018

JPJ Laksana Undang-Undang Tinted Kereta Tahun 2018

“Saya percaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan lanjut seperti meminda sebarang peraturan atau cara yang berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan penggunaan filem yang mematuhi piawaian MS2669,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya lagi, langkah ke arah keseragaman garis panduan ini bukan sahaja akan memudahkan kerja pegawai penguatkuasa tetapi juga memberi faedah kepada pengguna. Undang-Undang Baru JPJ Mengenai Tinted.

Standard baru ini akan membolehkan pemilik kedai, pengguna, dan pihak berkuasa menyemak penggelap tingkap yang dipakai melalui label kod QR khas

JPJ Laksana Undang-Undang Tinted Kereta Tahun 2018

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kod QR boleh diimbas melalui aplikasi pada telefon mudah alih. Selain spesifikasi penuh penggelap tingkap, kod itu juga akan mengandungi butiran seperti pembuat kenderaan.

The Star Online melaporkan bahawa label kod QR hanya akan datang dengan MS2669 yang disahkan dan ia boleh didapati di cawangan yang berdaftar di bawah Audio Accessories and Air-Condition Traders Association (AAA).

Untuk penggelap tingkap yang sedia ada, Liow berkata selagi tahap transmisi cahaya minimum (VLT) mematuhi peraturan, tiada perubahan diperlukan.

JPJ Laksana Undang-Undang Tinted Kereta Tahun 2018

Undang-Undang Baru JPJ Mengenai Tinted

Walau bagaimanapun, kereta yang didaftarkan selepas 1 Januari 2018 akan dikehendaki mengikuti piawaian MS2669.

Tahap VLT yang dibenarkan untuk semua kenderaan adalah 70% untuk cermin depan, 50% untuk tingkap depan, dan 30% untuk tingkap belakang dan cermin belakang.

Tapi undang undang baru ini menjadi tanda tanya buat Dr Fuh mengenai kita sebagai hak pengguna, kerana kereta import atau luar negara yang kita beli sudah tersedia cermin belakang yang gelap erti kata nama lain iaitu cermin cromax. Adakah kita sebagai pengguna harus menukar cermin tersebut di sebabkan undang undang baru ini? itu masih lagi menjadi tanda tanya. Di minta pihak kerajaan membuat semula kajian pada isu ini supaya dia tidak di jadikan beban pada pengguna di Malaysia.

Atau pihak yang berwajib boleh terima buah cadangan dari raykat Malaysia supaya di kaji semula sebelum di laksanakan pada tahun 2018.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge