Jika Nabil Ambil Tindakan Undang-Undang, Chef Wan Akui Tak Gentar

chef-wan-1-copy.jpg

“Kalau Nabil boleh bergurau dengan orang tanpa memikirkan hati dan perasaan mereka, mengapa dia tidak boleh ditegur atas dasar profesionalisme?,” kata Professor Datuk Chef Wan berhubung isu hangatnya bersama dengan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad.

Nabil kelmarin telah meluahkan rasa kecewanya terhadap teguran Chef Wan yang dikatakan berbaur hasutan dan sengaja ingin menutup periuk nasinya. Malah, Nabil juga sudah hilang rasa hormat terhadap Chef Wan.

Berbicara mengenai isu hangatnya bersama Nabil, Chef Wan berpendapat Nabil seharusnya tidak cepat melatah dan mengambil teguran beliau secara positif.

“Sebagai seorang selebriti, Nabil sepatutnya lebih matang dan tidak mudah melatah seperti ini,” ujar Chef Wan.

Tidak menggunakan kata-kata kesat ketika membuat teguran kepada Nabil dan yakin beliau menyatakan hal sebenar, Chef Wan akui beliau tidak gentar sekiranya Nabil mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Klik untuk gambar besar

“Saya cakap benda yang betul, mewakili sekumpulan orang yang tidak suka pada cara Nabil bergurau dengan agak melampaui batas di pentas Gegar Vaganza (GV).

“Jika dia kata apa yang dilakukan atas dasar kerja, sila gunakan logik akal agar ia berpada-pada,” jelasnya.

Tidak semua orang mampu menerima teguran orang lain dengan baik kerana masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza.

Apa-apa pun, kami masih berharap Chef Wan dan Nabil tidak lagi memanjangkan isu ini dan berbaik semula.

sumber

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge